Apa itu CARBIDI?
CARBIDI adalah platform untuk rakyat Malaysia membida kereta premium (buat masa ini) yang telah di-SCRUT dengan harga yang paling berbaloi dan kondisi yang baik.
Kenapa CARBIDI?
Platform ini merupakan idea asal SCRUT yang mana kami mahu membina platform yang mana orang Malaysia boleh membeli kereta recond secara terus dari Jepun.
Apa kelebihan CARBIDI?
CARBIDI menawarkan kereta atau kenderaan untuk dibida bermula dengan harga terendah di pasaran. Selain itu, CARBIDI menyediakan platform yang berinovasi lagi berteknologi untuk memastikan pembida boleh membuat keputusan tanpa perlu pergi melihat kenderaan yang hendak dibida. Ohya, lagi satu, kenderaan mesti berada di Malaysia. Bukan kereta pre-order!
SCRUT jual kereta ke?
Walaupun ramai yang meminta untuk SCRUT menjual kereta, tetapi SCRUT tidak berapa berminat. Namun, SCRUT terpaksa memulakan sendiri. Maklumlah, awal-awal ini mana ada penjual kereta nak sokong inovasi yang menjamin integriti ini. Betul tak? Jadi, kami kena mulakan dahulu. Selepas ini, harapnya ramailah penjual kereta yang jujur akan masukkan kereta mereka di CARBIDI.
Kenapa masyarakat perlu menyokong CARBIDI?
Kerana CARBIDI adalah milik dan inovasi SCRUT. SCRUT lahir daripada roh marhaen yang selam ini ditipu, dipijak dan dilanyak kapitalis jahat. Selama ini SCRUT telah menjadi benteng masyarakat mempertahankan kebenaran yang dibawa sehingga dibawa naik turun mahkamah. Maka, CARBIDI adalah solusi penyelesaian kepada masalah pencarian kereta yang berbaloi.
Jadi, apa tunggu lagi? Siapa yang tengah mencari kenderaan yang baik dengan harga terbaik. Boleh mula membida mulai malam ini!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1695812054424271/
You must be logged in to post a comment.