Pembeli kereta “TOTAL LOSS” ditipu tuntut di tribunal

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Feb 20 ·

Baru-baru ni aku telah hadir ke Tribunal Putrajaya kerana dipanggil oleh Tribunal untuk menjadi saksi pakar merujuk kepada tuntutan oleh mangsa yang terbeli kereta “total loss”.

Cerita dia begini, mangsa ni pergi tuntut sendiri dan semasa proses tersebut pihak Tribunal memanggil SCRUT untuk memberi keterangan dan sesi soal jawab yang panjang.

Aku pergi jam 10.00 pagi, pukul 4.00 petang baru selesai. Sama hadir wakil dari pihak insurans dan juga wakil penjual.

Mangsa ditipu penjual kereta, kata penjual kemalangan kecil je bila mangsa dapatkan SCRUT USEDCAR REPORT, rupanya ada 4 rekod kemalangan dan status “total loss”.

Kereta baru keluar sehari, dah ada masalah. Macam biasalah, penjual kereta menafikan kesalahan dia.

Okay, yang aku tertarik semasa proses pertanyaan tu, Presiden Tribunal tanya kepada penjual kereta beberapa soalan sebab dia menafikan dia jual kereta “total loss”.

“Kalau awak tahu kereta ni pernah “total loss” adakah awak akan maklumkan pada pembeli?”. Tanya Presiden Tribunal pada penjual kereta.

“Mestilah beritahu, macam sebelum ni saya beritahu ada kemalangan maa!”. Jawab penjual kereta.

“You akan letak dekat iklan juga kereta ni pernah total loss!”.

“Dalam iklan kita tak letak lah!”

Aku terus bangun dan beritahu presiden,

“Sebab inilah tuan Presiden, penjual kereta tak boleh dipercayai!”.

Lepas tu aku terus keluar. Masa sesi ketiga, memang muka penjual kereta tu panas dengan aku. Aku hanya cakap perkara betul dan makruf.

Aku tidak takut untuk bercakap tentang kebenaran dan aku lagi takut kalau tidak berkata benar. Menyatakan hak yang sebenar-benarnya.

Semasa sesi terakhir tu, penjual kereta masih lagi nak menipu, terang-terang wakil dari insurans tunjukkan gambar semasa kemalangan kereta mangsa tu.

Aku harap dengan hujah dan fakta yang aku tunjukkan. Aku doakan kes mangsa ni mendapat kemenangan dan kejayaan yang jitu.

Ingat! Tak nak kena tipu penjual kereta, SCRUT dulu!

#SCRUT #scrutcheckdulu #MindaSkeptikal #aliffahmad #misteri #TRIBUNAL #broscrut

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1211698307656648/

    Leave a Reply
    created with