fbpx

Kita menang lagi lawan kapitalis jahat!!

Admin
in Uncategorized
May 31 ·

Ini kali kita menang lagi lawan penipu penjual kereta terpakai pula!

Allahuakbar!

“Saya semak ke scrut auto untuk semakan dan dapati kereta yang ketika diiklankan meter perbatuannya hanya 81,000 km tetapi sebenarnya lebih 200,000 km,”

Saudara Indrawan telah membawa kereta yang dibelinya untuk melakukan Sii (SCRUT Integrity Inspection) yang mana kereta akan diperiksa secara komprehensif dan holistik bagi menilai kondisi kereta yang dibeli atau yang hendak dibeli menurut piawaian yang kami telah tetapkan.

Setelah mendapat gred dan keputusan pemeriksaan kami. Saudara Indrawan tidak berpuas hati dengan syarikat penjual kereta terpakai tersebut. Dia telah buat aduan di tribunal pengguna. Dia telah menghubungi pihak Scrut Auto untuk hadir sebagai saksi pakar.

Pihak SCRUT sesekali tidak akan menjadi bacul. Pihak SCRUT telah menghantar pemeriksa kami yang berpengalaman lebih 10 tahun untuk hadir sebagai saksi pakar (expert witness) ke tribunal untuk mengesahkan laporan dan memberi keterangan untuk pihak tribunal memberi keadilan.

Alhamdulillah. Saudara Indrawan diberi kemenangan.

Hal ini memberi isyarat kepada para kapitalis jahat untuk tidak terus sewenang-wenangnya menipu masyarakat. Akan datang individu yang akan bangkit melawan. SCRUT pula tidak gentar untuk hadir ke mahkamah memberi keterangan dan persaksian.

Jadi, Uncle nasihatkan kepada mereka yang nak beli kereta terpakai, “recond car” mahupun “local used car”, kena #SCRUTdulu. Jangan biarkan diri korang ditipu. Lawan! Jangan biarkan korang ditindas. Bangkit! Jangan biarkan diri korang dipijak dan dihina.

Uncle nak ucapkan terima kasi kepada kalian yabg telah mencadangkan untuk SCRUT buat “inspection center”. Alhamdulillah, bos Uncle bukan sekadar buka bengkal untuk dijadikan pusat pemeriksaan, bahkan membangunkan sistem laporan yang sangat baik yang boleh digunakan di atas pentas perundangan dan keadilan.

Terima kasih kalian!

Ingat!

SCRUT for the TRUTH!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

😉
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0bYiWBCzyJ8BXZj7J8JVkgrwvAmarwRoV5Q8Z1S6BUZcH5AnFQ7ibFCRzhvczme15l
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with