
Baru-baru ni ada seorang pelanggan yang puji SCRUT di ruangan hantaran Bro Man. Dia gusarkan tentang “claim” dari bengkel yang beri impak kepada laporan kemalangan SCRUT.
Jika “claim” tinggi, di laporan SUR atau ASUR akan berikan data “HIGH” atau “SEVERE” sedangkan kerosakan hanyalah sikit dan tidak seperti yang digambarkan dalam laporan kemalangan dari SCRUT, Maksudnya.
Pertama sekali, Bro Man nak kasi tahu SCRUT hanyalah memberi gambaran awal tentang sejarah kenderaan yang bakal dibeli. Ianya bukanlah justifikasi tepat dan jika nak lebih yakin boleh hantar ke Scrut Auto untuk buat SII.
Kedua, laporan kemalangan SCRUT boleh dijadikan rujukan awal, jika pernah kemalangan dan ada rekod bukanlah terus menolak, jika nak beli juga boleh lah berunding harga dengan pihak penjual.
Ketiga, SCRUT bukanlah badan atau NGO yang boleh suka -suka pergi pantau bengkel ni buat kerja okay ke tidak. Boleh pergi usulkan ke kementerian yang bertanggungjawab. SKMM pun cepat juga bertindak.
Akhir kata,
SCRUT adalah gambaran awal sebelum anda membeli kenderaan terpakai. Tindakan dan keputusan 100% dipihak bakal pembeli. Namun, kami nasihatkan jadilah bijak!

Ingat, SCRUT Dulu!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02xpS1p391VWVfmzgW2fbCa1T8QVPLcRisSus8CBJJpRsqymtL51M1bQpowGKj9NRXl