Aku tak tahu macam mana nak mula cerita ni. Tapi sumpah, aku tak boleh simpan sorang. Sebab benda ni BAHAYA. Benda ni bukan kecik. Benda ni boleh buat hidup orang musnah.
Ni bukan cerita rekaan.
Bukan cerita dalam drama jam 7.
Ni kisah sebenar, berlaku depan mata aku sendiri. Dan yang kena tu kawan aku sendiri.
Seorang yang kau semua mungkin pernah tengok dia kat kaca TV.Dia rapat dengan seorang pelakon terkenal, Iman Zulkarnain. Dan Iman Zulkarnain ni juga pernah hampir ditipu sebelum ini.
Ceritanya macam ni. Dia tengah cari kereta. Bukan kereta baru. Nak cari kereta terpakai tapi yang elok-elok. Bajet RM50,000 ke bawah. Biasalah, orang kerja seni ni pun bukan hari-hari ada job besar.
Lepas “survey” sana sini, jumpalah satu kereta ni. Model jenis Toyota Vios. Luar nampak cantik gila. ‘Polish’ baru. Seat pun macam showroom. ‘Mileage’ ketika “survey” 79,000km lebih. Macam baru keluar kilang.
Harga pun boleh tahan murah. Memang nampak macam “deal terbaik abad ini”. Dia hampir nak bayar. Tangan dah pegang phone. Transfer tinggal satu klik. Tapi dia call aku dulu, nasib baik.
Dia tanya aku,
“Bro, kau rasa okay tak kereta ni? Aku nak lock terus ni.”
Aku cakap satu benda je
“Kau semak dulu. Jangan percaya rupa. Kau tahu zaman sekarang, kereta pun boleh buat “make up”macam artis.”
Aku suruh dia guna SCRUT UsedCar Report. Dia tak pernah dengar pun sebelum tu. Aku ajar dia cara semak. Tak sampai 5 minit, report keluar.
Masa dia baca, dia senyap.Lepas tu dia geleng kepala. Dia tunjuk phone kat aku.
Apa yang keluar?
6 kali kemalangan besar. Odometer pusing daripada 28,000km jadi 760km!
Bro, kalau dia beli hari tu, memang HANCUR.
Bukan setakat duit RM50 ribu tu melayang, tapi dia akan bawa satu kereta yang penuh sejarah hitam yang mungkin bahaya untuk dipandu.
Aku terus terfikir,
Kalau dia, orang yang ada akses, ada kawan-kawan dalam industri, hampir kena tipu, apa cerita orang biasa kat luar sana? Mak cik yang simpan duit bertahun nak beli kereta anak dia.
Abang Grab yang nak tukar kereta lebih selesa.Budak baru dapat kerja, nak beli kereta pertama. Ramai tak tahu. Ramai tak sedar.
Ramai percaya salesman cakap, “Kereta cantik bang,tengok sendiri “Owner perempuan, bawa pergi kerja je. “Baru polish, cat ori, ‘accident-free’.”
SEMUA AYAT TU SKRIP LAMA.
Skrip yang digunakan untuk tipu orang, ulang-ulang sampai jadi biasa.Tapi bila kau semak dengan SCRUT, semua data keluar.Tak boleh sorok dah.
Kalau pernah kemalangan, keluar. Kalau “mileage” dah kena putar, keluar. Kalau ada panggilan semula dari pengeluar (recall), pun keluar. Laporan tu tak menipu.
Laporan tu bukan karangan SPM.Itu data yang keluar dari data kemalangan. Fakta hitam putih. Dan sebab itulah aku buat hantaran ni.
Bukan sebab nak viral. Bukan sebab nak tunjuk pandai. Tapi sebab aku tahu, beribu orang lain boleh jadi mangsa macam kawan aku.
Kita ni, kadang-kadang terlalu percaya pada mulut orang. Terlalu yakin bila kereta nampak cantik.Tapi kita lupa cantik tak semestinya selamat. Bersih luar tak bermaksud bersih sejarahnya.
Penjual hari ni bukan semua jujur.
Ada yang betul-betul cari rezeki halal,
tapi ada juga yang hidup hasil menipu orang.
Dan kalau kau fikir benda ni takkan jadi kat kau.FIKIR BALIK. Sebab penipu ni dia tak pilih mangsa.Asalkan ada duit, dia gasak.
Sekarang ni, SCRUT bagi akses untuk semua rakyat semak sendiri. Bukan untuk orang kaya je.Bukan untuk artis je. Bukan untuk kaki kereta je.Siapa-siapa pun boleh guna.
Masukkan nombor pendaftaran, klik semak, dan kau akan tahu kereta yang kau nak beli tu, betul-betul selamat ke atau sekadar bangkai bersolek.
So hari ni, aku nak ajak korang semua.
Jangan jadi mangsa. Jangan jadi statistik. Jangan jadi bodoh. Semak dulu. Guna SCRUT. Jangan main redah je.
Tolong sebarkan hantaran ni. Tolong tag mereka.Kadang satu semakan, boleh selamatkan berpuluh ribu ringgit. Boleh selamatkan nyawa.
Www.scrut.my SCRUT UsedCar Report (SUR) Paling penting bila semak, kau ada bukti hitam putih untuk buat keputusan.
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/583162591497324/