
Mungkin ini dialog dalam hati seorang penjual kereta yang ada niat nak menipu pelanggan. Mungkin sebab inilah ramai penjual kereta yang mengecam kehadiran SCRUT. Tapi Bro SCRUT tak nafikan ada penjual yang jujur dan menggunakan SCRUT untuk pelanggan mereka.
Baca komen saudara Rulmai ni, dia hampir ditipu dengan ayat yang sama “accident free,lady owner atau istaz owner”. Bila buat semakan di www.scrut.my terus keluar laporan kereta yang beliau dah booking tu rupanya ada bekas kemalangan.
Penjual pun jadi terpinga sebab macam mana pelanggan dah boleh akses maklumat sesebuah kenderaan itu pernah kemalangan. Ini adalah kemenangan kita! Rakyat marhaen sedikit demi sedikit akan lebih bijak.
tengok pula hantaran oleh saudara Adam Iskandar yang mempersoalkan seorang penjual kereta”influencer” di aplikasi Tiktok yang kononnya bantu sesama bangsa tapi ada juga cekik darah dengan servis dia.
Bro SCRUT malas nak komen banyak pasal “influencer” tersebut nanti kami diserang lagi. Bukan takut, tapi biarlah masyarakat berfikir sendiri kerana SCRUT tidak buat fitnah kami hanya mengeluarkan fakta dan data.
Jadi kepada anda semua yang bijak pandai, buatlah pilihan sendiri dan jangan terpedaya dengan kata-kata manis penjual kereta kerana mereka hanya inginkan keuntungan tanpa lihat kesan akan datang kepada pengguna.


Ingat! Taknak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!
Original post : https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid022GdQT3JBekMqdEdmRz1sXfhbTqemWc77yvjDds11YTo1m7kqdXnkEa4JQ4wvZ54ml