Siapa setuju?
Kata Bro Wong ini,
“Boleh ‘adjust’ sikit-sikit.”
“Jangan ‘overlose’.”
“Adjust seratus lebih (1xx,xxx km) sampai lapan puluh (80,000km), untuk beli ‘warranty’.”
Pagi tadi hujan pagi-pagi ada orang “tag” SCRUT di laman Facebook dan Bro SCRUT tonton video ni terus jadi PANAS!
Iyalah, seorang penjual kereta yang agak terkenal di media sosial ni muat naik satu video yang menyatakan “adjust mileage” itu adalah biasa.
Seolah-olah dia nak membenarkan perkara ini. Dia nak jadi “enabler” ke? Atau nak “normalize-kan” aktiviti “adjust” odometer ini.
Cuma ayat dia agak berlapik lah dan dia ada berikan beberapa sebab kenapa kedai kereta terpakai WAJIB ubah “mileage”. Dia sendiri pun dah mengaku, kedai dia pun ada kereta “adjust” meter.
Alasan dia,
1. Untuk memudahkan nak beli pakej “warranty”. Jadi, dibenarkan menipu syarikat “warranty”?
2. Mudah jual sebab pelanggan cerewet. Jadi persoalannya adakah kena menipu untuk menjual?
Apa jua alasan penjual kereta ni, pelanggan ada hak untuk tahu keadaan sebenar kereta. Jadi kalau ‘tipu sikit-sikit’ itu dinormalisasikan, mungkin kereta kemalangan pun boleh tipu sikit-sikit?
Cuma Bro SCRUT lagilah tak setuju daripada “mileage” 100,000km “adjust” ke 80,000km. Ini memang melampau! Sebab apa? 100,000km tu kereta dah sepatutnya kena buat servis major dan macam-macam kerosakan “wear & tear” akan bermula.
Jadi, pembeli mungkin “expect” lagi 20,000km akan ada isu. Tapi, tak sampai setahun pakai dah macam-macam kena perbaiki, kena tukar dan masuk keluar bengkel sebulan 2-3 kali.
Padanlah, kebanyakan banyak kereta terpakai dijual dengan “mileage” lebih kurang 80,000km sahaja. Inilah “trick” dia rupanya, inilah alasannya.
Patutlah banyak kereta yang datang ke SCRUT untuk buat pemeriksaan, lawan di tribunal, dan mengalami kerosakan setelah “baru” beli, kesemuanya “mileage” lebih kurang 80,000km sahaja.
Sekarang, barulah Bro SCRUT faham. Cuma selama ini, video-video viral yang Bro Wong buat tu, Bro SCRUT sangat skeptikal. Sebab pihak SCRUT pernah cuba menghubunginya untuk mendapatkan mangsa yang viral tu, tetapi tidak berjaya mendapatkannya dengan pelbagai alasan.
Jadi pendirian SCRUT tentang segala video Bro Wong buat selama ini hanyalah sekadar “content” dan ia dilakonkan sahaja. Takda masalah pun. Lakonan untuk mendidik masyarakat. Kan? Cuma kali ini, SCRUT tidak bersetuju dengan kenyataan dia.
Apa-apa pun Bro SCRUT nak tanya pendapat anda semua.
Kita bincang di ruangan komen.
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/740684935181172/