fbpx

10 Tip Membeli Kenderaan “Recond” (recon) dari Jepun

Detective Scrut
in SCRUT Tips
Dec 11 ·

1. Datang terus ke “showroom” untuk melihat sendiri dengan jelas keadaan sebenar kenderaan yang ingin dibeli.

2. Kenal pasti penjual ialah “broker” atau “salesman”. Kebiasaannya broker akan mengambil komisen lebih tinggi berbanding salesman. Jadi, harga yang dijual broker jauh lebih tinggi.

3. Jangan tergesa-gesa untuk buat pembelian. Di Malaysia terdapat lebih 100 syarikat pemegang “AP” kenderaan import recond.

4. “Cross check” spesifikasi setiap kenderaan yang telah anda senaraikan. Perbezaan spesifiksi adalah perkara yang paling utama. Lebih rendah spesifikasi sesebuah kenderaan, harganya akan lebih murah sepatutnya.

5. Semak “mileage” sebenar kenderaan yang ingin dibeli. Minta “auction sheet” daripada penjual. Jarang berlaku “auction sheet” diberi kerana “mileage” kenderaan recond biasanya telah diubah oleh peniaga yang kurang jujur. Jadi, anda boleh semak terus di scrut.my dengan hanya mendapatkan nombor chasis kenderaan yang ingin disemak.

6. Pastikan tahun tayar pada kenderaan sama dengan tahun produksi kenderaan atau lebih baru. Jika tayar lebih tua dari tahun produksi, jangan beli.

7. Bawa mekanik yang boleh melihat keadaan kenderaan sama ada dalam keadaan baik atau tidak. Jika anda berjaya mendapatkan “auction sheet”, anda boleh melihat laporan di dalamnya seperti berikut :

a) RA – minor accident
b) RB – major accident
c) RC – chasis defect
d) R2 – corrosion issue

8. Jangan buat apa-apa bayaran tempahan selagi tidak mendapat harga yang anda inginkan. Jika anda sudah terbayar wang tempahan, anda tidak berpeluang lagi melakukan tawar-menawar.

9. Semak AP kenderaan tersebut dan pastikan ia dijual di “showroom” milik pemegang AP. Jika kenderaan tersebut milik pemegang AP A tetapi berada di “showroom” milik pemegang AP lain, kebisaannya harga kenderaan akan sedikit mahal.

10. Pandu uji kenderaan yang hendak dibeli duhulu untuk mengetahui keadaan sebenar kenderaan yang ingin dibeli.

Pastikan diri anda tidak menyesal selepas membeli!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/584533012031882

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with