“Bos jujur saya cakap, unit ni bukan biasa-biasa.
Owner asal pakai untuk jalan-jalan hujung je. Orang kaya, ada 4 biji kereta, yang ni dia jual sebab nak tukar model baru. Kereta memang tiptop, dalam luar bersih, enjin bunyi halus macam kucing tidur. Parking pun dalam garaj, bukan tepi longkang.
Mileage rendah bukan sebab pusing meter, tapi sebab jarang pakai. Nak bukti? Boleh datang tengok sendiri, “test drive” pun boleh.
‘Accident free?’ Pasti! Kalau calar sikit-sikit tu biasalah bos, tapi semua kita dah ‘make up’ kasi cantik. Baru polish, baru coating, tayar baru, ‘alignment’ pun baru buat.
Loan? Senarai hitam pun kita boleh bantu urus. Ada orang dalam bank yang akan bantu. Ramai yang dah mohon, tapi saya bagi dulu untuk bos sebab saya nampak bos serius.
Harga ni memang bawah harga pasaran. Sebab saya dapat ‘direct owner’, tak main masuk showroom, takde markup gila-gila. Tapi kalau bos nak tunggu, saya tak boleh janji harga ni kekal.
Ramai tengah PM saya, tanya pasal unit ni. Tapi saya tak nak jual kat orang sembarangan. Saya lebih suka jual kat orang yang tahu value.
Booking RM500 je. ‘Refund’ kalau tak jadi. Tapi kereta tak tunggu orang. Bos lambat, orang lain sambar.
Saya cakap terus terang.
kereta ni bukan untuk semua orang, tapi kalau bos dapat bos menang besar.”
Korang rasa betul ke diatas ni skrip yang selalu penjual kereta guna?. Atau masih ada lagi yang tertinggal?
Boleh tambah di ruangan komen.
#SCRUT #taknakkenatipubelikeretascrutdulu
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/761307109569067/