Kereta keperluan atau kehendak?

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Aku pernah jumpa seorang abang ni.

Muka dia nampak serabut, kat tangan tengah pegang surat bank. Duduk kat kedai mamak seorang diri.

Aku macam biasa suka tegur orang walau tak kenal dan aku tanya “kenapa tu bang? okay ke?”

Dia pandang aku, senyum tawar.

“Abang okay je, cuma pening sikit baru lepas berhenti kerja kereta 3 bulan tak bayar nak kena tarik dah”.

Aku pun rapatkan kerusi duduk dengan dia layan dia borak.

Masa dia beli dulu, dia bangga. Fortuner baru. Pinjaman 9 tahun. Dia kata, “Aku dah kerja 5 tahun bro, penat. Aku reward diri aku.”

Tapi hari ni, dia datang jumpa bank bukan sebab nak buka akaun. Tapi nak bincang tunggakan RM9,200.

Aku tak salahkan dia. Sebab ramai buat silap yang sama.

Kita selalu sangka, beli kereta besar tu tanda hidup dah stabil. Padahal, kadang-kadang, kita cuma tengah kumpul beban perlahan-lahan.

Keperluan ni macam oksigen, takde, kita mati. Kehendak ni macam minyak wangi, ada, kita jadi wangi. Tapi takde pun kita hidup juga.

So, kereta kau tu keperluan ke kehendak?

Kalau rumah jauh, ada anak, kerja banyak “travel” ya, itu keperluan.

Tapi kalau rumah sebelah ofis, bujang, gaji tak besar sangat tapi kau sanggup ikat 9 tahun sebab nak nampak gah, itu kehendak yang kau namakan “penghargaan diri”.

Kau boleh tipu orang lain. Tapi jangan tipu dompet sendiri. Kereta bukan lambang kejayaan. Kereta sepatutnya alat untuk percepatkan kejayaan.

Sebelum beli, tanya diri:

“Aku beli sebab aku perlu, atau sebab aku nak tunjuk aku mampu?”

Bezakan keperluan dan kehendak. Sebab silap beli, kau bukan bayar ansuran saja.

Kau mungkin bayar dengan tekanan.

Kan?

#broscrut#scrutreportselamatkanaku#scrutdulu#scrut

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0r3QvQugjTH8TspVnxb3fryBmNBfBdmRWNFPxaj4euxUHdwu5J1WFTDXQboc6DbCdl

    Leave a Reply
    created with