
Aku tak tahu nak marah ke nak gelak.
Kerajaan naikkan cukai eksais kesannya, harga kereta terus melambung. Yang paling terasa? rakyat B40, yang nak beli kereta. Bukan sebab nilai kereta tu naik, tapi sebab cukai yang sengaja diletak kat atas kepala rakyat.
Bila kereta baru jadi makin mahal, orang ramai mula cari kereta terpakai sebagai pilihan utama. Tapi masalahnya kereta terpakai yang elok, yang jujur, BUKAN banyak mana pun.
So apa jadi?
Penjual mula jadi kreatif. Kereta kemalangan, kereta lelong, kereta banjir, kereta potong sambung semua ni jadi stok ‘laku keras’. “Make-up” cantik-cantik, “polish” sana sini, lepastu jual dengan harga tinggi.
Kenapa boleh jadi macam tu?
Sebab orang dah terdesak. Nak beli baru tak mampu. Tapi nak pergi kerja, kena ada kereta jugak. Tak semua tempat ada MRT depan rumah.
APA JADI KAT RAKYAT?
1. Terbeli kereta buruk yang nampak elok.
2. Enjin rosak, gearbox sangkut baru 6 bulan pakai.
3. Pinjaman masih panjang, kereta dah tersadai.
4. Hutang 9 tahun, barang tak pakai pun dah.
Yang kaya?
Penjual.
Yang rugi?
Aku. Kau. Semua rakyat biasa yang percaya kereta tu “tip top condition.”
KESAN KAT INDUSTRI?
1. Kepercayaan jatuh.
2. Orang takut nak beli.
3. Pasaran jadi lintang-pukang.
4. Yang jujur pun terkena tempias.
5. Bank pun sangkut banyak pinjaman tak boleh bayar sebab kereta rosak sebelum habis bayar.
AKU NAMPAK SOLUSI DIA MACAM NI
1. Wajibkan semakan latar belakang kereta.
2. SCRUT dulu dan semak sejarah kemalangan & kondisi sebenar.
3. Cukai eksais biar fokus kat kereta mewah je. Nak beli Axia, Bezza pun dah tersembam dengan cukai?
4. Jangan hukum semua orang dengan sistem yang tak adil.
Kesimpulannya?
Kalau betul nak bantu rakyat bukan dengan naikkan cukai tanpa fikir kesan. Kau bebankan rakyat, kau rosakkan industri, dan akhirnya kau biarkan “scammer” yang untung besar.
Rakyat nak kereta sebab keperluan, bukan kehendak.
Nak pergi kerja, nak hantar anak sekolah, nak hidup. Kalau betul nak bersihkan industri, mula dengan lindungi rakyat. Bukan hancurkan lagi kepercayaan yang ada.
Kan?

Original post :https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02jxZ8Y6srJDgYmDqPDgTPMCZj8Mmna5ujvW88PybXMh23Ro3ZqXsurddtFe8Kdgowl
You must be logged in to post a comment.