
Baru-baru ni ada seorang hantar gambar kemalangan teruk dekat WhatsApp admin. “Bumper” hancur, tayar senget, airbag pun dah meletup.
Dia siap lampirkan sekali dengan laporan kemalangan dari SCRUT USEDCAR REPORT.
Aku pun tanya, “Kereta siapa ni? Awak punya ke?”
Dia jawab, “Bukan bang. Ni kes viral tahun 2022. Saya jumpa video ni kat Facebook saya, lepas tu saja cuba semak laporan SCRUT.”
Rajin betul budak ni. Bukan kereta dia pun, tapi dia pergi semak. Mungkin jenis suka tahu sejarah. Atau mungkin dia ada terdetik risau kereta dia sekarang ni pun ada sejarah silam.
Aku pun tak tahu. Tapi aku tabiklah dekat budak ni. Baru 20an kalau dinilai daripada gambar di Whatsapp dia. Aku tanya lagi, “Habis tu, awak hantar kat saya ni kenapa?”
Dia jawab, “Saja bang. Kalau abang nak post, postlah. Bagi kesedaran dekat orang ramai.”
Aku cakap kat dia, “Awak yang semak, awaklah post.” Dia gelak je, taknak. Takpelah, aku tolong postkan.
Yang penting sekarang kereta kemalangan ni kemungkinan besar akan dijual semula. Kalau korang nampak kereta yang rupa lebih kurang, elok sangat korang SCRUT dulu sebelum beli.
Jangan main percaya je bila salesman kata “tip top condition”, “bebas kemalangan”, “pembeli pakai untuk jalan-jalan je”, dan skrip manis-manis yang korang pun dah hafal tu.
Sekarang aku nak ajak korang fikir 3 benda:
1. Adakah pemilik asal kereta ni dah jual? Kalau dah, ke mana perginya kereta ni sekarang?
2. Siapa sebenarnya punca kemalangan? Laporan kata libatkan lebih 3 kenderaan. Tapi tak disebut siapa bersalah.
3. Kalau kereta ni dah dijual, adakah pemilik baru tu tahu sejarah hitam kereta dia? Atau dia tengah syok bawak kereta rosak dalam diam?
Bukan nak takutkan, tapi korang kena hati-hati supaya tidak tertipu dengan penjual kereta.
Korang rasa macam mana?







#broSCRUT#scrutreportselamatkanaku#scrut#keretakemalangan
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02f2pBofZwgncSUBmC6LMoUsiEo214s7nffkjt4x5LbXKjScLK95E4PCPo32kPU82l
You must be logged in to post a comment.