
Baru-baru ni aku terbaca seorang pembeli luar negara berkongsi pengalaman pahit dia selepas beli kereta jenis Suzuki Grand Vitara 2011 sebaik saja berpindah ke Malaysia.
Kereta nampak elok kondisi cun, “body” cantik,pemilik asal pun cuma seorang. Odometer pun dikatakan baru 155,000 km. Tapi rupanya dah cecah 250,00km. Tapi tak mengapa, Bro Wong cakap ubah odometer tu “standard”.
Harga dia beli RM19,000 jauh lebih murah berbanding negara asal dia. Kalau beli di sana, model sama boleh cecah dua kali ganda. Memang tak fikir panjang la kot masa tu, pasangan ni terus beli.
Tapi beberapa bulan kemudian, tiba-tiba ada bunyi pelik dari enjin. Kadang-kadang bunyi halus, kadang-kadang kuat macam nak meletup. Paling menakutkan, kereta boleh mati mengejut tengah jalan.
Dia mula syak ada benda tak kena. Bila bawa ke bengkel, baru tahu banyak komponen dah rosak teruk, bukan setakat “wear and tear” biasa. Transmisi, sistem penyejukan, sampai ke “wiring” pun kena tengok.
Akhirnya, dia terpaksa belanja lebih RM5,000 untuk repair. Kalau dia buat pemeriksaan awal mungkin tak akan jadi masalah. Dekat sinilah ramai yang buat silap.
Beli kereta terpakai ikut rupa luar dan harga, tapi tak semak dalaman. Ramai tak tahu kereta yang nampak elok pun boleh pernah kemalangan, pernah tenggelam banjir, atau mileage dah kena pusing.
Itu belum cerita pasal owner tukar tangan banyak kali, kereta pernah kena tarik bank, atau rekod servis langsung tak wujud.
Kes ubah odometer ni dah lama berlaku, penjual kereta ubah sebab untuk bagi senang nak jual. Kalau buat pemeriksaan lanjut sekurangnya boleh bersedia untuk apa jua keadaan akan berlaku.
Tak gitu?
Beli kereta tak semak, umpama nikah tanpa kenal latar belakang.Silap hari bulan, yang kau bawa balik bukan jodoh, tapi musibah atas 4 roda.

Fikir-fikirkan.
SCRUT Dulu, baru beli.
#penipuan#broscrut#scrutreportselamatkanaku#keretakemalangan#scrut
You must be logged in to post a comment.