
Seperti biasa aku akan dapat macam-macam jenis cerita yang berkenaan dengan penipuan kereta terpakai. Cuma ada yang aku kena tapis dahulu dan barulah kita boleh panjangkan di hantaran Facebook.
Dari kes ini tak silap aku berlaku pada tahun 2022 dan waktu itu kes ini dikatakan pembeli menyatakan dia kesal kerana penjual kereta terpakai di Kajang, menutup lampu amaran “airbag” dan “gearbox”.
Tak sangka sampai macam tu ya kau nak tipu wahai penjual kereta. Korang rasa apa sebab penjual kereta ni tutup amaran lampu di “dashboard?”
Apa jadi pada kes ni? Adakah pemilik ini telah membuat laporan polis serta tuntutan di Tribunal ?
Adakah penjual kereta terbabit masih beroperasi?
Daripada laporan, kedai kereta terpakai ini masih beroperasi dan kini sudah menukar nama kedai dan juga nama mereka di media sosial.
Sama-samalah semua untuk lebih berhati-hati dan buatlah semakan awal sebelum membeli sebuah kereta kerana kemudian, akan lebih menyusahkan!


Taknak kena tipu beli kereta SCRUT dulu.
#broscrut#scrutreportselamatkanaku
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02WTrTopCunUVVKeW85kvPGtZFehy3v2e2nUKKPjaqMh2oFY6wTEKuqpGAQNKgTutdl
You must be logged in to post a comment.