Penipuan odometer makin berleluasa!

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Wah! Begitu murah nilai untuk buang integriti. Murah betul harga untuk dijadikan alat penipuan. Jual kereta yang dah ubah odometer dengan harga pasaran.

Menipu pembeli cakap kereta “lady owner”, ustaz “owner”, tak pernah kemalangan rekod bersih odometer pun masih rendah lagi.

Sampai bila kita nak terjebak dengan penipuan sebegini?

Sampai bila nak ditindas?

Mari aku senaraikan 3 akibat daripada penipuan odometer ni.

1. Korang bayar lebih untuk kereta yang dah tinggi odometer.

Pembeli akan sangka kereta masih rendah penggunaan (contoh 80,000km), walhal sebenarnya dah lebih 200,000km. Ini menyebabkan pembeli bayar harga yang tak sepatutnya.

Lepas tu terlepas banyak tanda-tanda kehausan komponen dalaman dapat pula kereta yang sebenarnya dah melepasi jangka hayat servis kritikal (enjin, “gearbox”, “timing belt”).

Kereta yang patut tukar “timing belt” pada 100,000km tapi tak ditukar sebab disangka odometer baru 70,000km.

2. Kos penyelenggaraan melambung tiba-tiba

Disebabkan pembeli tak tahu odometer sebenar, mereka ikut jadual servis yang salah. Akibatnya komponen rosak awal tanpa amaran. Tiba-tiba kena keluar beribu-ribu ringgit untuk baiki “gearbox, radiator, alternator”.

Masalah tak dijangka seperti enjin “overheat”, “leaking”, atau “sensor” gagal berfungsi. Kos tak dijangka ini menyusahkan pembeli terutamanya kalau beli guna pinjaman.

3. Susah jual balik sebab dah hilang nilai pasaran.

Kalau pembeli nak jual semula kereta, mungkin terbongkar yang odometer dah dipusing. Ini menyebabkan susah nak yakinkan pembeli baru. Hilang nilai jualan semula secara drastik. Reputasi tercalar, walaupun bukan salah dia.

Kadang-kadang, bank atau dealer pun tak nak ambil “trade-in” kalau ada rekod manipulasi odometer.

Jadi, inilah akibatnya kalau dah terbeli kereta yang pusing odometer. Elakkan dari tertipu!

SCRUT dulu!

#scrut#broscrut#scrutdulu#keretakemalangan#penipuan

Original post: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1072748688331549&set=a.577250651214691

    Leave a Reply
    created with