“Saya pun hampir terbeli kereta dah kemalangan 2 kali di applikasi mudah dot my”!

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Pertama sekali, aku nak beritahu awal-awal tajuk diatas ni adalah daripada penulis asal (Aniyah Annia) sendiri yang merupakan bakal pembeli cerita pengalaman dia.

Kalau dilihat daripada laporan SCRUT USEDCAR REPORT SUr yang ditunjuk oleh saudari ini, memang ada rekod kemalangan sebanyak 2 kali.

Bukan itu sahaja, SCRUT juga dapat mengeluarkan laporan seperti “total loss”. Aku rasa dah banyak “posting” yang aku dah ceritakan mengenai akibat terbeli kereta “total loss” ni.

Demi rakyat jelata, sebelum berhimpun hari esok di Kuala Lumpur aku akan berikan lagi 3 akibat jika dah terbeli kereta status “total loss”.

1. Nilai pasaran menjunam teruk.

Walaupun nampak elok dan cantik luarannya, kereta yang pernah “total loss” ni akan susut nilai jauh lebih laju. Bila nak jual balik, ramai pembeli akan minta harga sangat rendah, atau langsung tak mahu beli. “Dealer” pun akan letak harga “trade in” rendah gila sebab risiko tinggi.

2. Risiko kerosakan tersembunyi.

Kereta “total loss” ni pernah rosak teruk struktur casis mungkin dah bengkok, “alignment” tak stabil, “airbag” pernah meletup tapi tak diganti. Walaupun dah dibaiki, risiko masalah teknikal jangka panjang tetap tinggi. Contoh lagi, sensor rosak, dan sistem elektronik “haywire”.

No 3 ni kan, magik yang selalu penjual kereta buat adalah mereka akan uruskan insurans. Bila pembeli nak buat insurans sendiri dia tak bagi.

3. Insurans susah nak lulus dan mahal.

Syarikat insurans boleh tolak permohonan insurans komprehensif atau hanya luluskan pihak ketiga sahaja.

Kalau lulus pun, premium akan jadi lebih tinggi sebab mereka tahu risiko untuk “claim” itu tinggi. Tambah sakit bila nak perbaharui insurans dan cukai jalan tiap tahun.

Korang ingat 3 akibat ni pun dah cukup dah. Sebab daripada beli kereta yang bermasalah, carilah kereta lain. Dapatkan laporan kemalangan dulu. Baru buat keputusan.

Ingat tak nak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!

Esok korang turun ke perhimpuan?

#broscrut#scrutreportselamatkanaku#odometerubah#keretakemalangan#scrut#penipuan

Orijinal post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02uVvu3FdhTcxMALmvJwrRqiDUn9LZ2yMZwfYGbDzuZ31kinyGEYn4czUgkL4Ln6Xal

    Leave a Reply
    created with