3 kereta “RARE” yang buat orang tertanya kereta macam ni wujud ke?

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Haritu aku ke Jepun. Bukan jalan-jalan je tapi trip ilmu aku sebagai Bro SCRUT. Nak tengok sendiri dunia kereta Jepun yang orang Malaysia jarang nampak.

Daripada “auction house”, bengkel kecil kat Yokohama, sampai ke padang kereta recon.

Masa tu lah aku sedar satu benda, dekat Malaysia, kita rasa kita dah nampak semua jenis kereta. Tapi kat Jepun, ada kereta yang boleh buat kita persoalkan realiti.

Bila balik Malaysia, aku perasan, ada juga beberapa kereta “rare” ni dah mula muncul kat jalan. Dan aku yakin, kalau kau bawa salah satu kereta ni, confirm orang tanya benda pelik-pelik dekat stesen minyak.

Nak tahu tak kereta apa?

1. Nissan S-Cargo

Masa pertama kali tengok model ni kat Jepun, aku terdiam. Bentuk dia pelik. Tapi ada aura.

Nissan S-Cargo.

Nama dia gabungan “Small Cargo” dan “Escargot” – bahasa Perancis untuk siput. Rupa dia macam van “delivery Hello Kitty”. Ada cermin “bubble”, body bulat, pintu belakang macam almari.

2. Daihatsu Copen

Kat Jepun, aku jumpa budak muda pandu kereta ni dekat jalan sempit dekat Shibuya. “Convertible”, jenis kecil, “sporty” habis. Tapi comel. Sangat comel.

660cc, turbocharged, retractable hardtop. Ini kalau pandu kat Malaysia, mesti ada orang datang kat tingkap, “Bang, beli kat Toys R Us ke?” Takpe. Biar orang gelak. Sebab bila aku tekan minyak, bunyi turbo tu buat ramai diam. Ini bukan kereta untuk keluarga.

Ini kereta untuk jiwa.

3. Subaru 360

Dekat Jepun, model ni dihormati sebagai lagenda.

Tapi dekat Amerika? Pernah diharamkan. Subaru 360 digelar “ladybug” sebab badan dia kecil dan bulat.

Berat tak sampai 500kg.

Kalau korang nak tahu, zaman dulu, ini lambang kemerdekaan rakyat Jepun lepas perang. Tapi bila sampai US NHTSA gelar dia “death trap”, dan digam terus dari dijual.

Sekarang? Kereta ni rebutan “collector”. Kalau kau jumpa kat Malaysia, jangan pandang rendah. Orang sanggup bayar belasan ribu walaupun nak start enjin pun kena ‘azan’ 2 kali.

Kereta ni luar norma. Dia bukan Myvi. Bukan Vios. Bukan Axia. Orang tak nampak hari-hari. Jadi bila kau drive masuk stesen petrol mata akan cari jawapan.

“Kereta apa ni?”

“Ni boleh jalan ke?”

“Kalau eksiden, parts ada ke?”

“Bini bagi ke beli ni?”

Orang tanya bukan sebab dengki. Orang tanya sebab kagum dan pelik tu datang sekali. Dan yang lebih penting, bila kau bawa kereta “rare”, kau tengah bawa identiti.

Kau bukan sekadar isi minyak. Kau tengah bagi mesej “Aku tak ikut trend. Aku bawa sejarah. “Aku tak kejar ‘hype’. Aku bawa seni.” Tak semua orang akan faham.

Tapi yang faham, akan angkat topi.

Dapat sesuatu? Sila komen.

#SCRUT#broscrut#tips

Original post: https://www.facebook.com/photo?fbid=1074155648190853&set=pcb.1074157468190671

    Leave a Reply
    created with