“Saya redha sebab dah terbeli kereta bekas kemalangan 6 kali.”

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 13 ·

Baru-baru ni ada hamba Allah ni komen di “posting” aku buat minggu lepas. Dia ada tunjukkan laporan kemalangan kereta dia yang dah beli tapi baru tahu pernah kemalangan sebanyak 6 kali.

Dia beli laporan SCRUT USEDCAR REPORT SUr, bukan untuk beli kereta baru tapi dia beli untuk sejarah kereta yang dia dah pakai lama. Alhamdullilah SCRUT dah bantu ramai yang nakkan keadilan di Tribunal.

Nah aku bantu senaraikan langkah-langkah untuk korang buat sendiri laporan ke Tribunal.

1. Semak Kelayakan Tuntutan Tribunal

Jumlah tuntutan mesti tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan mesti dibuat dalam masa 3 tahun dari tarikh transaksi. Pembeli kenalah individu dan penjual juga dari Malaysia bukan kau beli dari luar negara.

2. Sediakan Bukti Penting. Kumpulkan semua bukti untuk menyokong tuntutan seperti salinan resit bayaran, perjanjian jual beli kereta dan geran kereta. Sediakan bukti kemalangan boleh didapati di www.scrut.my. Dan paling penting, bukti kereta diiklankan sebagai bebas kemalangan.

“Screenshot WhatsApp”, Facebook, TikTok atau iklan yang menyatakan “accident-free”. Bukti anda dimaklumkan maklumat tidak betul.

3. Isi Borang Tuntutan (Borang 1). Muat turun atau isi terus di laman web e-Tribunal Isi maklumat diri, maklumat penjual dan butiran kes. Kalau nak mudah korang boleh terus ke pejabat Tribunal di setiap negeri.

Aku nasihatkan korang jangan takut, jangan cepat menyerah. Kena tahu hak dan tuntutlah kerana telah tertipu oleh penjual kereta. Jangan biarkan mereka makin berleluasa.

Ingat! Tak nak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!

#scrut#broscrut#scrutreportselamatkanaku#odometerubah#keretakemalangan#tribunal

Original post : https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0LDCrUGw8QVeqJio2mdPNxVTHxfRgm4eVa5RnKxZLmGarZMTwTbRK95RQkM4hCexql

    Leave a Reply
    created with