Penting Ke Ada Integriti Dalam Dunia Kereta Secondhand?”

Admin
in SCRUT On Media
Jan 13 ·

PENTING KE INTEGRITI DALAM DUNIA KERETA TERPAKAI?

Hari ni kau boleh nampak iklan kereta kat media sosial. Semua cantik. Semua kata “macam baru”. Ada yang siap tulis

“jaminan bebas kemalangan, tiada banjir, bukan kereta lelong.”

Tapi bila semak betul-betul, lelong Jepun siap dengan gambar insiden kemek tepi. Kalau kereta terpakai, siap pernah “total loss” lagi.

Tu integriti ke atau ilusi?

Ramai tak faham dalam dunia automotif, integriti bukan pilihan. Ia keperluan. Kau jual kereta, bukan jual nasib orang.

Bayangkan seorang pembeli ambil pinjaman 9 tahun, sebab percaya kau.

Tapi rupa-rupanya kau jual ‘bangkai’ yang digilap jadi emas. Kau dapat untung RM3,000 cepat. Tapi dia rugi RM30,000 perlahan-lahan.

Tu bukan “bisnes cerdik”.

Tu scam gaya halal.

Apa kesan kalau dah ‘terkantoi’ kau tiada integriti?

1. Orang tak ulang beli.

2. Nama kau mula berbau busuk dalam group Telegram dan forum.

3. Tiba-tiba kau tengok akaun TikTok ada video “dealer penipu” guna muka kau.

Di SCRUT, kami tak jual janji manis. Kami tunjuk fakta. Kereta tu ada claim insurans? Pernah kemalangan? Kalau nasib baik ada odometer mencurigakan?

Kami bongkar.

Bukan sebab kami nak rosakkan pasaran, tapi sebab pasaran dah lama rosak sebab orang tak ada integriti. Kalau kau ejen atau penjual jujur, kau patut bangga guna report SCRUT.

Biar pembeli tahu, kau telus. Biar pelanggan “repeat” sebab percaya.Biar kau bina bisnes jangka panjang, bukan jangka tipu.

INTEGRITI ADALAH ASAS YANG MEMBUATKAN BISNES KAU HIDUP LAMA.

#SCRUT #JujurItuPower #DealerBerintegriti #BeliDenganIlmu #SCRUTCheckDulu #BroSCRUT

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1828943441029026/

    Leave a Reply
    created with