Biadap! Pelajar tumbuk guru yang beri ilmu di sebuah sekolah di kajang.

Admin
in SCRUT On Media
Jan 13 ·

Harini kecoh di media sosial seorang pelajar sekolah di Kajang, telah viral video menunjukkan pelajar terbabit menumbuk muka gurunya.

Mungkin video tu dirakam oleh salah seorang guru dari sekolah tersebut juga. Dalam video tersebut terdengar guru yang merakam menyebut “biadap”!

Ya itulah ayat yang sesuai diberikan oleh pelajar tersebut. Mungkin kalau aku nak tambah pun, pelajar bermasalah. Tak tahu apakah punca pergaduhan tersebut.

Bagi pendapat aku, pelajar sekarang perlukan lebih perhatian dan tunjuk ajar yang lebih progresif. Dengan kehadiran media sosial yang semakin meluas agak takut dengan pengaruh yang tidak baik dalam media sosial.

Zaman aku dulu nakal juga, kaki gaduh juga tapi kita masih hormat pada cikgu. Hanya bergaduh dengan pelajar lain atau orang luar. Itu pun bukan budaya yang baik.

Kena rotan, kena denda dan macam-macam lagi hukuman yang buatkan aku jadi orang sekarang.

Pada pelajar ni, bertaubat dan mohon maaflah pada cikgu awak. Tidak kemana pun awak perangai macam tu. Dah viral, nanti susah orang nak terima.

Fikir-fikirkanlah.

#broscrutnasihat #scrutcheckdulu #broscrut #scrutdulu

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/9801010550004164/

    Leave a Reply
    created with