Dapat tahu kereta kemalangan 11 kali, pelanggan batalkan pembelian kereta.

Admin
in SCRUT On Media
Jan 13 ·

“Abang, saya tak jadi beli kereta ni. Tapi deposit saya tu boleh tak saya minta balik?”

Kalau soalan ni keluar, ramai “dealer usedcar” akan anggap wang pendahuluan tu hangus dan tak perlu dipulangkan. Persoalannya, wajar ke? halal ke? kisah pula dia orang halal haram ni.

Jawapan dia bergantung pada hitam putih masa kau bagi deposit. Kena ada resit pembayaran atau perjanjian. Jika dalam resit ada tertera “deposit tidak dikembalikan jika pembeli batalkan pembelian, korang kena akur lah.

Maka “dealer” memang boleh simpan deposit tu.Sebab kau sendiri setuju, hitam putih ada. Ni kira janji dua hala. Kau tarik diri, “dealer” cover risiko dia. Macam mana kalau tiada hitam putih ?

Kalau tak ada surat, tak ada bukti jelas, cuma “bayar dulu bang, nanti kita proses” lepas tu kau ubah fikiran, “dealer” tak boleh sewenang-wenangnya simpan deposit tu. Sebab dalam undang-undang kontrak, semua transaksi kena ada persetujuan dua-dua pihak dengan jelas dan bukti.

Kalau nak lawan juga, kau boleh bawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Boleh cuba untuk lawan dan tuntut.

Tapi ada juga “dealer” main kotor. Ada “dealer” ambil deposit, kereta tak “booking” pun. Esok lusa bila pembeli tak jadi beli deposit lesap. Padahal kereta tu dia masih jual kat orang lain. Untung berganda, modal senyum je.

Kalau kena situasi ni, report terus ke KPDN atau Tribunal.

Kalau ada bukti bayaran atau resit, peluang kau tinggi untuk

Ingat, deposit bukan duit hangus, melainkan kau sendiri setuju untuk hanguskan. Nak beli kereta, bukan sekadar “test drive” pastikan semua ada hitam putih. Jangan jadi mangsa, jangan jadi bodoh depan penjual kereta.

Ingat, taknak kena tipu beli kereta, SCRUT dulu!

#scrutauto#broscrut#broscrutnasihat#scrutcheckdulu#scrutdulu#penipuan

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02PLVZtiXwuYgs8TYC4DcpDh84Gb2EUP14Jzwogjx5czgyZgosEFiWiKg7K3onwUfnl

    Leave a Reply
    created with