
Baru-baru aku Bro SCRUT terjumpa satu komen dia hantaran minggu lepas satu abang ni beritahu, kereta dia telah dijual kepada pihak Carsome dan waktu itu odometer 135,000km.
Selang beberapa lama, dia terjumpa kereta itu dijual di “usedcar” dan dia terkejut odometer telah diubah menjadi 70,000km. Memang hebat magik yang dibuat kan.
Aku akan cuba untuk hubungi abang ni untuk dapatkan kepastian lebih lanjut atau jika abang Akuni Wanla nampak hantaran ini, boleh pm atau komen ya.
Baik, untuk isu seperti ini korang pun tahu dah jadi kebiasaan penjual kereta untuk tukar odometer yang tinggi jadi rendah. Alasan dia mudah, untuk senang dijual semula.
Kalau alasan daripada Bro Wong, senang nak perbaharui “smart warranty”. Yang ini, korang pergilah tanya Bro Wong sendiri minta dia jawab.
Kalau tanya aku, memang aku tak terkejut pun apa jua syarikat penjual kereta yang terkenal ke, tak terkenal ke ubah odometer ni dah jadi kebiasaan.
Sebab itu, tugas dan amalan penting semua yang nak beli kereta terpakai untuk buat semakan terlebih dahulu. Jangan mudah tertipu.

Nak mudah, cekap dan selamat! Dapatkan laporan SCRUT!
#scrut#broscrut#broscrutnasihat#scrutcheckdulu#odometerubah#keretakemalangan
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02q6GZtooJ9XS1K14WTgNeWgydYNRYhC3r1capSckc8SStFnW51g7koyZsTx3atHPQl
You must be logged in to post a comment.