Kereta terbakar gara-gara kompresor rosak

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 14 ·

Sebuah kereta baru sahaja dihantar ke SCRUT Auto selepas mengalami kebakaran dalaman. Pemeriksaan awal mendapati puncanya datang daripada compressor yang rosak, lalu menyebabkan sistem wiring “short” dan menyalakan api.

Bahagian enjin yang sempit, ditambah pula dengan tekanan haba tinggi, membuatkan kebocoran pada compressor itu semakin berbahaya. Percikan kecil pada wiring sudah cukup untuk mencetuskan kebakaran. Malangnya, api cepat merebak kerana terdapat minyak dan plastik pada komponen sekitarnya.

Kes sebegini memberi peringatan besar. Ramai pemilik kereta hanya ambil mudah bila compressor mula berbunyi pelik atau prestasi aircond menurun. Sedangkan compressor bukan sekadar alat untuk menyejukkan kabin ia juga mengawal tekanan sistem yang berkait dengan keseluruhan elektrik.

Korang dah semak kereta korang tu okay ke tidak?

Kalau nak semak, boleh datang ke SCRUT Auto Jalan Ampang.

#kereta #scrut #wiring #terbakar

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/videos/810865031514884/

    Leave a Reply
    created with