Kenapa perlu ubah odometer untuk menjual kereta wahai penjual kereta?

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 20 ·

Baru-baru ni aku tengah minum dekat satu warung di Kuala Langat, ada seorang pakcik ni borak anak dia jual kereta. Anak dia cakap ubah odometer ni benda kecil je bukannya ubah apa-apa yang teruk pun.

Respon pakcik ni buat aku tergamam juga, yelah patutnya seorang ayah nasihatkan anak dia kan walau macam mana pun, menipu tu HARAM. Aku biarkan dengar je borak dia dengan kawan kedai kopi dia.

Sebab dia pun macam setuju apa anak dia buat. “Janji dapat komisen jual kereta. Zaman sekarang mana ada orang jujur, semua nak cari makan. Pemimpin sekarang pun sama”. Kata pakcik tu.

Aku tak dengarlah dia kutuk SCRUT ke apa, kalau dengar aku sahut memang jadi ‘parlimen’ lah kedai warung tu.

Kah kah kah.

Bagi aku, isu ubah odometer ni dah jadi kebiasaan dan pembeli pun tak kisah sangat janji kereta cun. Lepas kena pengaruh bagi hadiah itu ini, lagilah pembeli tak sabar nak bayar “booking”.

Macam kes ni bawah ni, kereta yang dijual semula di “platform” terkenal tu telah diubah dari bacaan odometer asal. Bekas pemilik yang sahkan.

Satu lagi dia terselamat sebab dia buat semakan sejarah kemalangan dulu, bila dapat tahu odometer asal tidak sama dia batalkan pembelian.

Jadi aku nak tanyalah penjual kereta, sebab-sebab lain kenapa perlu ubah odometer untuk lariskan jualan?

Jika ada jawapan yang berlainan dari Bro Wong kasitahu, meh sini aku nak ajak dia berdebat pula.

Ada berani?

#scrut#broscrutnasihat#scrutdulu#penjualkeretapenipu#broscrut#scrutcheckdulu

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0t3WrWvsypUdcrejT1mnvriscg5co5qgzhXZtmR1aGs37TywHcVJUCvaW6r1piGEJl

    Leave a Reply
    created with