Hari ini kita memperingati kelahiran seorang insan agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Seorang pemimpin, pejuang, pendidik dan rahmat buat sekalian alam.
Baginda bukan sekadar membawa risalah, tetapi membawa contoh kehidupan yang paling sempurna untuk kita semua.
Di tengah dunia yang makin keliru dengan propaganda, fitnah, dan godaan material, kita diingatkan semula tentang satu perkara, kalau nak ikut contoh terbaik, jangan tengok pada “influencer” dunia. Tengok pada Baginda SAW.
SCRUT berdiri atas prinsip ketelusan, kebenaran dan berani menentang kepalsuan. Itu juga yang diajar Rasulullah SAW bercakap benar walau pahit, berlaku adil walau dengan musuh, dan jangan tunduk pada kebatilan walau ditekan.
Semoga Maulidur Rasul kali ini jadi “turning point” untuk kita lebih tegas dengan nilai hidup. Lebih jujur dalam urusan. Semua kita Adil dalam menilai. Tetap tegas melawan penipuan. Kasih sayang sesama manusia.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan umat yang tetap istiqamah dengan sunnah Baginda.
Salam Maulidur Rasul 1447H daripada kami di SCRUT.
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1599440964754659/
You must be logged in to post a comment.