Itulah pendirian boss SCRUT aka Aliff Ahmad. Dia memang sentiasa skeptikal bila seseorang itu tunjuk kaya. Melainkan dibuktikan dengan apakah asas atau “platform” yang dijana kekayaan itu.
Kalau kau kaya, tapi jelas apa perniagaan yang kau buat tiada masalah. Cukai bayar, zakat bayar dan yang penting jalankan perniagaan yang halal. Bukan “scam” orang.
Bila seseorang tu tunjuk kaya dan tiada perniagaan hanya mengutip derma memang akan terus “red flag”. Mesti akan “cash out” punya. Bukan tuduhan tapi kebanyakkan kes yang didakwa inilah modus operandi dia.
Apa akan jadi kalau rakyat tidak #Mindaskeptikal?
Akan mudah ditipu. Apa yang dipamerkan tidak semestinya betul dan perlu dipercaya.
Nasihat aku, tanamkanlah #Mindaskeptikal tu dalam diri korang supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terus percaya membuta tuli.
Belajar sesuatu?
#broscrutnasihat #broscrut #taknakkenatipubelikeretascrutdulu
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1090002856529361/
You must be logged in to post a comment.