Penjual kereta tidak mengaku jual kereta “Total loss”.

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
Jan 30 ·

Pada dua bulan lepas aku dihubungi oleh pasangan ini untuk mendapatkan keadilan untuk mereka kerana terbeli kereta “total loss”. Aku cakap aku cuba bantu.

Aku hanya bantu untuk menghubungi “usedcar” tersebut dan mendapatkan jawapan kenapa jual kereta “total loss”. Pada awalnya penjual tersebut cuba lari-lari dari tanggungjawab.

Aku hanya beritahu, untuk berlaku adil dengan pasangan ni kerana mereka bukan orang senang, kerja kilang kumpul duit nak bayar muka ambil masa 3 tahun, dapat kereta “total loss” mestilah sedih dan kecewa.

Lepas aku dapat bercakap dengan penjual tersebut, ini “respond” dia.

“Bos, kita mana tahu itu kereta pernah ‘total loss” kalau ada masalah kasi hantam sama itu Car**om lah! Saya beli sama itu syarikat! Penjual tu balas dekat aku.

Ini ayat kebiasaan untuk ‘lepas tangan’.

Taici punya taici, penjual ni bersetuju untuk ambil semula kereta ni dan pulangkan semula deposit, walaupun pada awalnya dia berkeras.

Namun, penjual tu menghilangkan diri, aku cakap “Bro, i mau datang jumpa you boleh tak?”.

“You mau datang berapa orang?”.

Tanya dia macam sinis.

Aku balas, “i datang sorang saja, mau bincang bukan mau gaduh.”

Dia hantar emoji gelak je.

Aku pun biarkan dia.

Dua bulan berlalu, kelmarin penjual tersebut hubungi aku guna nombor lain dan minta mangsa datang ke bank di Balakong untuk buat “full settlement”.

Alhamdullilah. Aku bersyukur dapat kembalikan senyuman pada pasangan ini kereta mereka sudah lanjut usia dan telah bekerja keras seumur hidup mereka.

Apa yang aku cakap dekat penjual itu, “you memang steady!”

Orang buat baik kita balas dengan baik.

Kan?

Kepada yang membaca, aktifkan #Mindaskeptikal anda dan elakkan daripada tertipu.

SCRUT dulu!

#broscrut #mangsapenipuan #keretatotalloss

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/1270082831465653/

    Leave a Reply
    created with