Berita SCRUT melaporkan kejadian seorang pegawai polis yang cedera akibat rusuhan yang terjadi semasa proses pengosongan penduduk atas arahan mahkamah.
Suasana tegang dilaporkan dan difahamkan sudah ada tangkapan yang dilakukan dan ada diantaranya adalah anggota sebuah NGO persatuan.
Bagi yang tidak tahu isu ini adalah penduduk Kampung Sungai Baru menegaskan bahawa mereka tidak menolak pembangunan. Tetapi, persoalan utama ialah bagaimana pembangunan itu dilaksanakan.
Ramai mendakwa pampasan yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak setimpal dengan nilai sebenar tanah yang mereka duduki puluhan tahun. Lebih pedih, ada juga laporan tentang kurangnya rundingan telus antara pihak berkuasa, pemaju dan komuniti.
Ini kata dari mereka.
Bagi mereka, ini bukan sekadar rumah tetapi akar warisan, memori keluarga, dan identiti kampung bandar yang semakin pupus di Kuala Lumpur.
Ada yang laporkan pihak pemaju pula berhujah bahawa projek ini membawa nilai ekonomi besar dan bakal memberi “manfaat” jangka panjang kepada penduduk, termasuk rumah baru yang lebih moden.
Namun, janji-janji sebegini bukanlah sesuatu yang asing rakyat sudah biasa mendengar retorik bahawa pembangunan kononnya demi kebaikan bersama, tetapi akhirnya siapa yang benar-benar untung?
1. Adakah pampasan yang ditawarkan benar-benar adil?
2. Kenapa suara penduduk seolah-olah dipinggirkan dalam proses keputusan?
3. Adakah ini satu lagi contoh bagaimana kuasa kapitalis mendahului kepentingan rakyat biasa?
4. Ada ke ahli politik yang perjuangkan kes ini dulu masih bersama menentang sekarang bila dah jadi menteri?
Kesimpulannya, isu Kampung Sungai Baru mencerminkan wajah sebenar dilema pembangunan di Malaysia, antara menjaga warisan dan komuniti lama, atau tunduk pada desakan komersial.
Jika kerajaan tidak menanganinya dengan telus, berintegriti dan berpihak kepada rakyat, maka kes ini akan terus menjadi luka kolektif mengingatkan kita bahawa di tengah kota moden yang megah, masih ada warga kecil yang terpinggir atas nama pembangunan.
Sekian melaporkan.
Anda ada pandangan anda boleh nyatakan di ruangan komen.
#IsuKampungSungaiBaru #BeritaSCRUT
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/videos/24804156935880477/
You must be logged in to post a comment.