“Scrut ni penipu, admin anjing pemakan duit haram”!

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
May 22 ·

Begitulah kata-kata kesat yang dilemparkan oleh seorang pelanggan dari “neraka” barangkali kepada aku Bro SCRUT.

Cerita dia begini, Aku terima satu aduan kasitahu admin SCRUT ni lembab jawab pertanyaan dia dan dia tidak berpuas hati. Aku cuba untuk bantu aku minta pelanggan ni hubungi aku.

Untuk masalah pertama, aku dah bantu selesaikan untuk dia. Dan dia berpuas hati. Waktu tu dia masih tidak puas hati dengan admin SCRUT sampai cakap “aku malas layan admin bod*h*!

Aku pun selidiklah, baca dan amati semua perbualan dia dan admin SCRUT. Nak kata lambat tu tidaklah tapi bukanlah cara masa “reply” macam dengan gopren. Kah kah kah! Okay je bagi aku.

Keesokkan harinya dia hadir semula cari aku dan marah-marah cakap SCRUT punya laporan tak “tally” dengan “finance” punya rekod. Aku minta sampai kesudah tak dibaginya.

Apa yang aku beritahu dia, no pendaftaran yang dia “request” dalam sistem www.scrut.my memang itulah datanya. Dah disahkan juga memang sama.

Dia tidak puas hati!

Masih cakap bahasa kesat dan mulanya perkataan “bod*h” tu simpan sikit. Aku sebagai Bro SCRUT yang ada maruah dan integriti yang tinggi aku cuba kawal amarah dan jawab dengan nada yang baik tapi pedas.

Aku minta bukti yang dia kata dia masukkan no pendaftaran VHP 68*4 tapi tak dapat ditunaikan. Aku tunjukkan bukti dalam sistem kita dia minta SCRUT cari VPH 68*4.

Jadi siapa yang SALAH?

Dia yang salah masukkan no pendaftaran lepas tu nak cakap sistem SCRUT ni sistem sampah!

Bila aku melawan sikit, dia mula tak keruan dan keluarkan kata-kata sangat kesat dan memalukan. Korang dengarlah sendiri dalam video.

Aku harap dia baca “point” ni.

1. Dah beratus ribu orang pakai takda isu macam ni. Kalau kata sistem yang salah, mestilah semua salah.

2. Selalunya kesalahan macam ni, pengguna salah masukkan no plate. Dia nak cover line, dia kata sistem kita baca salah.

3. Kalau sistem baca salah, mestilah semua report keluar laporan salah. Hari tu semua orang complain benda sama.

4. Tapi, dia seorang sahaja. Kes macam memang dah pernah berlaku. Dia salah masukkan no plate, dia salahkan kita.

5. Dia boleh viralkan. Kalau dia viral. Dia fitnah SCRUT, SCRUT akan ambil tindakan undang-undang tanpa kompromi.

6. Kalau dia di atas kebenaran. Boleh adukah ke mana-mana tribunal. SCRUT sedia untuk hadap.

Nasihat aku, tidak salah untuk mengaku salah. Janganlah bila dan salah jadi bodoh sombong taknak mengaku kesalahan. Kita admin ni bukan maksum. Tapi kita cuba sebaik sedaya mungkin untuk puaskan semua.

Kepada pelanggan ni, aku nasihatkan tolong insaf dan bertaubat.

Taknak kena tipu beli kereta SCRUT dulu!

#scrut#scrutcheckdulu#BeritaSemasa#kemalangan#usedcardealertipuapahariini#penipu

Original post: https://www.facebook.com/reel/1359375079276002

    Leave a Reply
    created with