Aku nak cakap benda ni terus terang. Pedih sikit tak apa, asalkan sedar.
Baru-baru ni pasukan media terima satu video. Dalam video tu, ada seorang wanita yang pada aku jauh lebih bijak daripada ramai “pakar kereta segera” di luar sana. Bukan sebab dia tahu spesifikasi enjin, bukan sebab dia hafal kod casis, tapi sebab dia faham satu benda paling asas beza antara NAK BERGAYA dengan NAK SELAMAT.
Dia sebut satu point yang sangat simple, tapi kena batang hidung ramai orang.
“Boleh beli kereta ratus ribu, tapi nak semak laporan kemalangan RM80 pun berkira.”
Boom. Terus senyap.
Inilah mentaliti paling pelik dalam dunia beli kereta recond hari ni. Orang sanggup fikir pasal bodykit, rim besar, lampu LED, seat kulit, ambient light 64 warna. Tapi benda paling penting sejarah kereta tu pernah kemalangan teruk ke tak dia letak nombor dua. Kadang nombor sepuluh.
RM80 tu apa sebenarnya?
Itu harga untuk kau kurangkan risiko beli besi yang pernah remuk, pernah masuk longkang, pernah kena hentam dari depan sampai senget casis. Itu harga untuk kau elak menanggung kereta yang alignment lari sampai makan tayar. Itu harga untuk kau tak bawa anak bini naik kereta yang struktur dah lemah kalau kena langgar sekali lagi.
Tapi malangnya, ramai orang rasa benda ni tak penting. Kenapa?
Sebab terlalu yakin dengan ayat manis penjual.
“Boss, kereta ni condition tip top.” “Accident free.” “Jepun pakai pergi pasar je.” “Interior macam baru.” “Kalau accident saya tak jual dekat boss.”
Ayat-ayat ni dah jadi lullaby. Orang dengar, terus lena. Terus percaya. Terus rasa tak perlu semak apa-apa.
Masalahnya, penjual kereta tugas dia MENJUAL. Bukan semua menipu, ya. Tapi sistem industri tu sendiri penuh dengan ruang manipulasi. Auction sheet boleh diputar cerita. Kerosakan boleh di-makeup. Cat boleh cantik, tapi tulang dalam tak siapa nampak.
Dan kau, sebagai pembeli, masih nak bergantung 100% pada mulut orang yang untung datang daripada kau beli?
Itu bukan percaya. Itu serah nasib.
Yang kelakar, bab lain bukan main cerewet. Pilih warna sampai dua minggu. Test drive dua kali. Compare interest bank sampai pening. Tapi bab sejarah kemalangan, “alah tak apa kot”.
Tak apa tu yang mahal.
Kereta recond bukan macam beli baju. Salah pilih, bukan setakat rugi duit. Kau rugi keselamatan. Kau rugi ketenangan. Setiap kali lalu jalan tak rata bunyi “duk duk”, mula tertanya-tanya. Setiap kali steering tarik sebelah, mula fikir. Setiap kali nampak welding mark bawah bonnet, jantung lain macam.
Semua tu bermula dari satu keputusan kecil: “Tak payah semak la, jimat RM80.”
Hakikatnya, bukan tak mampu. Ramai yang beli kereta harga RM120k, RM180k, malah RM250k. Downpayment berbelas ribu boleh. Installment sebulan RM1,500– RM2,000 boleh. Tapi bila bab laporan, tiba-tiba jadi akauntan paling tegas dalam dunia.
Ini bukan isu duit. Ini isu mindset.
Orang yang faham nilai, dia tahu RM80 tu bukan kos. Itu insurans keputusan. Itu bayaran untuk maklumat. Dalam dunia kereta terpakai, maklumat lebih mahal daripada cat cantik.
Wanita dalam video tu faham benda ni. Sebab tu aku kata dia bijak. Dia tak nampak semakan sebagai “extra”. Dia nampak semakan sebagai sebahagian daripada proses beli kereta yang sihat.
Kalau penjual marah bila kau nak semak, itu pun dah satu red flag besar. Kereta bersih, tak ada apa nak takut. Yang takut biasanya bukan pembeli tapi orang yang ada benda nak disorok.
Kita bukan suruh jadi paranoid. Kita suruh jadi pengguna yang ada otak. Duit yang kau keluarkan tu hasil kerja kau, bukan duit turun dari langit. Jangan bagi orang lain tentukan tahap risiko hidup kau.
Nak percaya penjual? Boleh. Tapi percaya dengan bukti. Bukan dengan ayat.
Akhirnya, pilihan di tangan kau.
Nak jadi pembeli yang guna emosi, atau pembeli yang guna maklumat.
Nak jimat RM80 sekarang, atau tanggung beribu-ribu kemudian.
Kereta boleh tukar. Duit boleh cari balik. Tapi nyawa dan keselamatan, sekali silap, tak ada second hand.
Original post: https://www.facebook.com/reel/1697344997711034
You must be logged in to post a comment.