Tertipu beli kereta bekas “major accident”

Admin
in Real Story, SCRUT On Media
May 28 ·

Aku ada terima satu “whatsapps” daripada salah seorang pelanggan ni yang meluahkan masalah dia kena tipu beli kereta tahun 2023. Bila dia bawa kereta, banyak ragam dan dia ada buat “inspection” di tempat lain.

Katanya sah pernah “major accident”.

Untuk pengetahuan semua, SCRUT tak boleh komen atau beri justifikasi daripada laporan dan pemeriksaan tempat lain. Sebab itu aku tanya pelanggan ni, “dah SCRUT ke belum?”.

Dia kata bakal pembeli kereta dia ada dapatkan laporan SCRUT SUr dan memang ada data menunjukkan kereta dia ni pernah kemalangan tahap “severe”.

Kalau korang baca, dia kasitahu “owner” lama tak “declare” “total loss” pasal taknak ada rekod dalam insurans.

Info untuk korang, “total loss” ni ada dua jenis.

1. Constructive Total Loss

Yang ini masih boleh buat loan, masih boleh dijual tapi direkodkan sebagai BER pasal kerosakan tuntutan di insurans melebihi jumlah nilai insurans.

2. Actual Total Loss

Ini contoh kes kereta yang terbakar, Kereta tak boleh dibaiki langsung atau kos baik pulih memang tak masuk akal sebab struktur utama dah hancur.

Senang cerita masuk dalam tempat pelupusan atau jadi kereta potong. Ini tanya si J tu dia power bab kereta potong.

Pelanggan ni ada minta bantuan aku juga untuk tolong dia lawan di Tribunal. Aku boleh bantu kasitahu cara dan step sahaja secara percuma dan buatlah sendiri.

Insyaallah aku cuba bantu sebaik mungkin.

Korang ada nak beli kereta musim perayaan ni, aku nasihatkan hati-hatilah. SCRUT dulu sebelum tertipu!

#scrut#sharing#kemalangan#scrutmenduniatahun2026#scrutcheckdulu#usedcardealertipuapahariini

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02NsV4yQSRUZWJN1zjb7nzd1ubCMdHHbYRsNQ7Eq3Y5UEPpYBA3oUgUb1DCaaM5Jiil

    Leave a Reply
    created with