
Itulah ayat yang aku terbaca daripada seorang pengomen di salah satu hantaran kami sebelum ini.
Akak ni kongsi pengalaman dia sendiri. Dia dah buat semakan sebanyak 5 kali untuk kereta yang dia nak beli. Lima kali dia bayar laporan. Lima kali dia berharap jumpa kereta yang elok.
Tapi malangnya, kelima-lima kereta yang dia semak melalui www.scrut.my ada rekod yang tak baik. Ada yang pernah kemalangan. Ada yang ada sejarah banjir. Ada yang mileage diragui.
Bayangkan perasaan dia masa tu.
Dah keluar duit. Dah letak harapan. Tapi setiap kali semak, setiap kali juga jumpa sejarah yang buat dia tak yakin.
Akhirnya, akak ni buat keputusan untuk beli kereta baru.
Bagi aku, keputusan dia tu tak salah. Dan tak juga betul atau salah untuk dipertikaikan. Itu hak dia. Itu duit dia. Itu komitmen dia untuk bertahun-tahun. Sudah tentu dia berhak buat keputusan yang buat dia rasa tenang.
Tapi ada satu ayat dia yang buat aku terfikir.
Dia kata, kalau 1000 orang buat laporan macam dia, SCRUT boleh dapat RM40,000 sebulan.
Secara matematik, mungkin nampak macam angka yang besar.
Tapi apa yang orang luar tak nampak, setiap laporan yang dijana tu ada kos di belakangnya.
Kami bayar kos akses data. Kami bayar kos server. Kami bayar kos pembangunan sistem. Kami bayar kos penyelenggaraan supaya sistem sentiasa stabil. Kami bayar gaji pekerja. Kami bayar sewa pejabat. Kami bayar macam-macam lagi supaya satu laporan boleh sampai ke tangan pengguna dalam masa beberapa saat.
Pekerja kami semua manusia biasa. Mereka ada keluarga. Mereka ada komitmen. Mereka kerja siang malam untuk pastikan sistem ini berfungsi.
Kalau semua benda ni percuma untuk kami, sudah tentu kami pun boleh beri semuanya percuma.
Hakikatnya, setiap laporan yang dijual bukan semata-mata tentang keuntungan. Ia tentang kos untuk memastikan sistem ini terus hidup. Terus berfungsi. Terus boleh bantu orang lain daripada buat keputusan yang salah.
Ramai yang tak sedar satu perkara penting.
RM80 mungkin nampak macam satu kos.
Tapi RM80 itu juga yang selamatkan seseorang daripada beli kereta yang pernah accident teruk.
RM80 itu juga yang selamatkan seseorang daripada beli kereta bekas banjir.
RM80 itu juga yang selamatkan seseorang daripada tanggung masalah orang lain selama bertahun-tahun.
Akak ni mungkin rasa dia rugi RM400 sebab buat semakan lima kali.
Tapi hakikatnya, dia mungkin selamat daripada rugi puluhan ribu ringgit.
Dan tentang ayat, “SCRUT boleh hantar staff pergi Haji.”
Kami tersenyum bila baca.
Bukan sebab sinis. Tapi sebab kami faham, dari luar mungkin nampak mudah. Nampak macam semua ni hanya tekan butang dan duit masuk.
Hakikatnya, SCRUT wujud bukan untuk ambil kesempatan atas kesilapan orang lain.
SCRUT wujud sebab terlalu ramai orang yang pernah ditipu. Terlalu ramai orang yang pernah beli kereta dengan sejarah gelap tanpa mereka tahu.
Kalau setiap laporan yang dijana buat seseorang tarik diri daripada beli kereta bermasalah, itu sudah cukup bermakna bagi kami.
Kerana matlamat sebenar bukan untuk orang beli laporan sebanyak mungkin.
Matlamat sebenar ialah supaya orang beli kereta yang betul.
Dan akhirnya, boleh memandu dengan tenang tanpa menanggung sejarah orang lain.

#scrut#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini#scrutcheckdulu#kemalangan#beritasemasa#armyscrut
Original post: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1237001865239563&set=a.577250657881357
You must be logged in to post a comment.