Ibadah tanpa ikhlas ibarat jasad tanpa roh.
Nampak hidup, tapi sebenarnya kosong.
Ramadan datang setiap tahun. Kita bangun sahur. Kita berlapar sepanjang hari. Kita berdiri dalam tarawih. Kita hulur sedekah. Tetapi soalnya bukan sekadar apa yang kita buat. Soalnya, untuk siapa kita buat?
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Itu cuma lapisan luar. Hakikatnya, Ramadan adalah latihan membersihkan hati daripada riya’ yang mahu dipuji, daripada ujub yang rasa diri lebih suci, daripada cinta dunia yang terlalu kuat melekat dalam jiwa.
Ada orang puasanya sempurna di mata manusia. Update ibadah di media sosial. Orang puji rajin, orang kata alim. Tapi dalam diam, hati mengharap pengiktirafan. Itu yang perlu kita takuti.
Setiap kali sahur, bisik dalam hati “Ya Allah, ini kerana-Mu.”
Setiap kali berdiri dalam tarawih walau letih, ulang dalam jiwa “Ya Allah, ini kerana-Mu.”
Setiap kali hulur sedekah tanpa orang tahu, tegaskan dalam diri “Ya Allah, ini kerana-Mu.”
Kerana nilai ibadah bukan pada panjangnya rakaat, bukan pada banyaknya amalan, tetapi pada bersihnya niat.
Ramadan ini bukan medan menunjuk siapa paling warak. Ia medan memperbaiki siapa diri kita di hadapan Allah.
Muhasabah untuk diri sendiri:
Adakah aku berpuasa untuk pujian manusia?
Atau benar-benar untuk mencari redha Allah?
Kadang-kadang, jawapannya hanya kita dan Tuhan yang tahu.
#SCRUT#infoscrut#beritasemasascrut#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini#scrutcheckdulu#ELAKKENATIPU
Original post: https://www.facebook.com/reel/2070791807103330
You must be logged in to post a comment.