US vs IRAN Konflik 70 Tahun Yang Tak Pernah Padam

Admin
in SCRUT On Media
Jun 8 ยท

Ramai ingat konflik Amerika Syarikat dan Iran cuma pasal nuklear.

Sebenarnya ia bermula sejak tahun 1953.

Ketika itu, Perdana Menteri Iran mahu nasionalisasikan minyak negara sendiri. CIA dan Britain melancarkan operasi sulit untuk menggulingkan kerajaan tersebut. Dari situ, kepercayaan mula retak.

1979, Revolusi Islam meletus. Shah yang disokong Barat tumbang. Iran berubah menjadi negara anti-Amerika.

Kemudian berlaku krisis tebusan 52 diplomat Amerika ditahan selama 444 hari. Hubungan diplomatik putus sehingga hari ini.

Masuk era moden, isu nuklear dan sekatan ekonomi pula menjadi medan perang baharu.

Minyak, ekonomi, keselamatan global semuanya jadi taruhan.

Tahun 2020, pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani hampir mencetuskan perang besar.

Ketegangan tidak pernah benar-benar reda.

Konflik ini bukan sekadar sejarah. Ia masih hidup melalui perang proksi di Timur Tengah. Dan setiap percikan api di rantau itu boleh memberi kesan kepada seluruh dunia.

Inilah kisah perebutan kuasa yang belum selesai

#scrutmenduniatahun2026#scrutcheckdulu#usedcardealertipuapahariini#scrut#beritasemasascrut#iran#perang

Original post: https://www.facebook.com/reel/1970892373502944

    Leave a Reply
    created with