Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang terbaik.
1. Bateri Kereta dan Alternator – Pastikan kabel sambungan bateri tidak longgar – Periksa kuasa bateri, jika bateri sudah lemah, tukar jika perlu – Periksa alternator supaya berada dalam keadaan baik
2. Bilah Pengelap – Tukar jika telah keras
3. Tayar – Pastikan tekanan angin mencukupi – Periksa bunga tayar, jika telah haus seeloknya tukar
4. Tali Pacuan & Hos – Pastikan tiada sebarang rekahan
5. Cecair Kereta – Pastikan minyak enjin di paras yang betul – Tukar minyak enjin jika telah sampai masa untuk servis
6. Sistem Brek – Periksa pad brek dan jika telah nipis, buat penukaran
7. Penapis Udara Kabin – Bersihkan penapis udara kabin, jika terlalu kotor seeloknya tukar yang baru
8. Komponen Lampu – Pastikan semua lampu menyala seperti lampu belakang, lampu brek, lampu isyarat dan lain-lain .
Buat pemeriksaan awal bagi memastikan perjalanan anda pulang ke kampung halaman berjalan dengan lancar . Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju .
Original post: https://www.facebook.com/reel/4465902336971562
You must be logged in to post a comment.