Lagi masalah peminum arak yang kelakuan buruk.

Admin
in SCRUT Tips
Jul 16 ·

Walaupun korang ada baca ada wakil rakyat sokong peminum arak ni, korang kena tahu aku bagi 5 sebab kenapa arak ni boleh menjahanamkan negara.

1. Rosakkan Kesihatan Rakyat Arak bukan sekadar minuman. Ia racun yang perlahan. Kerosakan hati, masalah jantung, gangguan mental semua bermula dari satu “minum sikit je”. Bila rakyat sakit, negara tanggung kos.

2. Punca Kemalangan & Kematian Jalan Raya Berapa ramai mati bukan sebab kemalangan. Tapi sebab pemandu mabuk yang hilang kawalan. Satu keputusan bodoh, satu nyawa melayang.

3. Hancurkan Institusi Keluarga. Arak tak pernah bina keluarga. Ia pecahkan rumah tangga jadi punca keganasan, penceraian dan trauma anak-anak. Bila keluarga rosak, bangsa turut runtuh.

4. Tingkatkan Jenayah & Masalah Sosial Banyak kes jenayah bermula dari hilang pertimbangan. Bila dah Mabuk hilang kawalan dan buat keputusan gila. Rog**, gaduh, bun** semua ada kaitan.

5. Lemahkan Produktiviti Negara Rakyat yang lemah negara yang lemah. Kurang fokus, kurang disiplin, prestasi jatuh. Akhirnya ekonomi terjejas, masa depan tergadai.

Kalau korang tambahan nak kasi, boleh bagi di ruangan komen.

#scrut#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini#keretakemalangan#minyaknaik#scrutcheckdulu#kemalangan

Original post: https://www.facebook.com/reel/1271390157744206

    Leave a Reply
    created with