4 Jenis manusia yang buat kau rugi tanpa kau sedar

Admin
in SCRUT On Media, SCRUT Tips
Aug 5 ·

Dalam hidup, kerugian bukan selalu datang dari nasib. Kadangia datang dari manusia yang kau sendiri pilih untuk percaya.

Mereka nampak biasa. Bercakap macam meyakinkan.Tapi kesannya boleh makan bertahun.

Ini 4 jenis manusia yang kau kena kenal.

SALESMAN MANIS MULUT

Apa kau nak dengar semua dia setuju. Semua “confirm boleh”. Semua “tak ada masalah”.

Janji nampak sedap dulu. Realiti datang kemudian.

Bila dah sign, baru keluar cerita sebenar.Kos tambahan, masalah tersembunyi, janji tak ditepati.

Bukan semua salesman macam ni. Tapi yang jenis ini dia jual untuk closing, bukan untuk jaga kau.

KAWAN AJAK “INVEST”

Dia datang dengan ayat power. “Ini peluang sekali seumur hidup.”“Ramai dah masuk.” Confirm jalan.

Sebab dia kawan kau percaya. Sebab dia yakin kau ikut. Tapi bila benda tak jadi kau rugi duit, dan kadang hilang kawan sekali.

Dalam dunia realiti, tak semua yang ajak kau naik betul-betul tahu arah.

ORANG TENGAH YANG TAK TELUS

Dia kata dia boleh urus semuanya. Dokumen, deal, proses semua dia handle.

Kau hanya perlu bayar. Masalahnya kau tak nampak apa yang berlaku di belakang. Harga di-markup. Maklumat disembunyikan. Keputusan dibuat tanpa pengetahuan kau.

Bila jadi apa-apa dia hilang. Kau yang tanggung.

DIRI SENDIRI YANG TERLALU CEPAT PERCAYA

Ini paling bahaya. Bukan orang luar. Tapi diri sendiri. Terlalu cepat percaya. Terlalu malas nak semak. Terlalu ikut emosi.

Nampak cantik terus yakin. Dengar janji terus setuju. Sedangkan realitinya dunia sekarang penuh dengan maklumat yang boleh dimanipulasi.

Dan bila kau tak semak kau sebenarnya bagi ruang untuk diri sendiri rugi.

#scrut#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini#scrutcheckdulu#scrut

Original post: https://www.facebook.com/reel/1279314563626342

    Leave a Reply
    created with