
Kita tahu ramai yang lupa. Kalau tidak, mesti dah ramai yang tak kena tipu dah dengan penjual kereta. Tapi sampai harini masih ada yang terbeli kereta bekas kemalangan.
Meh aku kasitahu 3 dulu benda wajib atau penting untuk kau semak sebelum buat keputusan.
Yang pertama
Dapatkan laporan sejarah kemalangan sesebuah kereta itu. Ini penting sebab kereta bekas kemalangan ni banyak masalah yang kita tak dapat nak jangka.
Yang kedua
Semak kereta tu pernah banjir ke tidak. Korang tahulah Malaysia ni selalu juga banjir di beberapa kawasan. Kita takut kereta-kereta bekas banjir ni orang jual semula tapi tak kasitahu pada pelanggan.
Yang ketiga
Kena semak betul ke tidak odometer yang dipamerkan atau diperkatakan oleh penjual kereta. Selalunya bila odometer ubah ni pasal nak kasi mudah jual. Bahana dia datang dekat pelanggan lah. Tak tahu bila patut tukar barang penting.
Korang rasa apa lagi yang penting?
Sambung dekat komen.

#scrutcheckdulu#MindaSkeptikal#keretakemalangan#scrut#usedcardealertipuapahariini#scrutmenduniatahun2026
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid0cD65bHCBCcs4fGF2GmTRg1PG4o2cnRhUGBR5th7rzKSu4R5r4iFMsYvZuXjr2GP7l
You must be logged in to post a comment.