Kalau korang berhadapan dengan libasan treler seperti ini disebabkan tidur mikro, apa perasaan korang?
Apa itu tidur mikro (microsleep)?
Tidur mikro adalah keadaan di mana seseorang “tertidur sekejap” tanpa sedar, biasanya hanya beberapa saat (1–10 saat), walaupun mata mungkin masih terbuka atau separuh terbuka. Ia sangat berbahaya, terutama ketika memandu.
Punca utama tidur mikro?
Tidur mikro biasanya berlaku apabila otak terlalu letih dan “force shutdown” seketika. Antara punca paling biasa :
1. Kurang tidur yang kronik. Tidur kurang daripada 5–6 jam secara konsisten
2. Keletihan melampau (fatigue). Kerja lama tanpa rehat kemudian memandu jarak jauh tanpa berhenti.
3. Pengaruh ubat atau alkohol. Pengambilan ubat seperti Antihistamin, Ubat penenang atau Alkohol.
Kenapa ianya sangat bahaya?
Jika anda memandu 90 km/jam dan microsleep 5 saat, kereta akan bergerak lebih 120 meter tanpa kawalan dengan kelajuan 90 km/jam.
Harap semua kita kalau memandu di jalan raya, pastikan tidak mengantuk. Kalau mengantuk, berhenti dan rehat dulu.
Tau!
😉
Original post: https://www.facebook.com/reel/1371569871654482
You must be logged in to post a comment.