Bakal pembeli yang mesti jadi bijak!!

Admin
in SCRUT On Media
Nov 11 ·

“Dengan bermodalkan RM80, korang mungkin mampu selamatkan kerugian RM80,000!!”

Tahun ini 2026, setelah hampir 7 tahun SCRUT lahir dalam industri automotif tanah air. Ramai yang ingat industri ini sudah berubah.

Hakikatnya adalah masih sama, tiada apa yang berubah, tidak ada yang telah berubah jika menurut data yang kami ada.

Yang mungkin boleh berubah adalah kita sendiri. Kita sendiri yang menjadi bijak. Kita yang SCRUT dulu kereta sebelum beli.

Korang baca luahan saudara Hasrum Nizam ini. Mula-mula Uncle nak puji #MindaSkeptikal dia yang berfikir takkan kereta tahun 2014, “mileage” rendah lagi.

Dia juga seorang sahabat yang bijak, apabila kawan baik dia tanya pasal nak beli kereta terpakai, dia terus #SCRUTdulu. Walaupun isteri kawan dia dah “stim” siap dah bayar “booking” RM5,000 lagi.

Setelah semakan dibuat, kereta tersebut telah mengalami 2 kemalangan major siap ada status “total loss BER” lagi. Korang rasa kalau kawan dia tak tahu informasi ini, dia terbeli.

Adakah dia akan rasa dia tertipu? Atau ditipu? Atau menyesal? Atau mungkin berlaku “in-denial syndrome” dalam diri setelah terbeli. Betul tak?

Korang rasa, apa perasaan kawan saudara Hasrum setelah diberitahu tentang sebuah kebenaran? Kalau korang jadi kawan dia, korang batalkan “booking” atau teruskan beli?

😉

ps : Ingat, taknak kena tipu beli kereta? SCRUT dulu!

#SCRUT#SCRUTdulu

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid027rjjeJYoChybKkHrULbDvB2H1ganTLWxHdJvZ5QiKQZzMatWBdTdkwUsJs3m4RDKl

    Leave a Reply
    created with