Kereta ke motor yang salah ni?

Admin
in SCRUT On Media
Nov 25 ·

Kalau tengok video ni, kereta dari lorong paling kiri terus nak masuk ke lorong kanan untuk naik ‘flyover’.

Yang jadi masalahnya, ada pengguna jalan raya lain yang terpaksa mengelak.

Akhirnya kereta tak calar, tak kemek. Tapi penunggang motosikal tu pula yang tersungkur atas jalan.

Pemandu dekat luar sana kena faham… bila memandu atas jalan raya, bukan korang seorang je yang ada di situ.

Kereta memang tak sentuh motor pun. Tapi kalau bukan sebab tindakan kereta tu, penunggang motosikal ni jatuh ke?

Min nak dengar pendapat korang pula. Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam situasi macam ni?

Tak nak kena tipu beli kereta terpakai, SCRUT dulu!

Muat turun sekarang: Google Play | App Store | Huawei AppGallery

Kredit: TikTok

#SCRUT#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapaharini#scrutcheckdulu

Original post: https://www.facebook.com/reel/1904158720228926

    Leave a Reply
    created with