Sekali lagi, seorang wanita diterajang oleh seorang lelaki. Kali ini wanita yang sedang bekerja melakukan penghantaran sebagai rider Foodpanda diterajang oleh seorang lelaki yang tiada maruah.
Kejadian ini mengingatkan kami sebuah seorang khalifah. Beliau ialah khalifah Al-Mu’tasim. Kisah keberaniannya dicatat dengan tinta emas sejarah Islam dalam kitab al-Kamil fi al-Tarikh karya Ibn Al-Athir di mana sang Khalifah mengirimkan puluhan ribu tentaranya untuk membela seorang hamba wanita Muslimah yang diganggu oleh bangsa Rom.
Pada tahun 837 M, Khalifah Al-Mu’tasim Billah menyahut seruan seorang hamba muslimah yang meminta pertolongan kerana diganggu secara seksual oleh orang Romawi ketika membeli barang keperluan harian di pasar. Baju yang dikenakannya dikoyak sehingga terdedah sebahagian auratnya. Dikatakan wanita tersebut berasal dari Bani Hasyim.
Wanita itu lalu berteriak memanggil nama Khalifah Al-Mu’tasim Billah dengan lafaz lagenda yang pasti terus terngiang di dalam telinga kaum muslim :
“Wa Mu’tasimaah!” (di mana engkau wahai Mu’tasim…).
Setelah mendapat laporan mengenai gangguan seksual ini, Khalifah Mu’tasim berdiri seraya berkata,
“Ya Wahai Ibu! Sayalah Mu’tasim yang Ibu panggil”.
Khalifah Mu’tasim menggerakkan seluruh bala tenteranya dan menulis surat kepada Rom yang berbunyi,
“Daripada hamba Allah yang bernama Al-Mu’tasim kepada anjing Rom. Apabila surat ini telah engkau terima, hendaklah engkau membebaskan perempuan Islam yang telah engkau tawan. Jika engkau tidak membebaskannya, aku akan mengirimkan bala tenteraku yang kepala tenteraku berada di hadapan engkau dan ekornya di tanganku (mengembeling seluruh bala tentera dan Umat Islam)”
Maka sang Khalifah pun menurunkan puluhan ribu pasukan untuk menyerbu kota Ammuriah (Turki). Seseorang meriwayatkan bahawa begitu besarnya pasukan yang dikerahkan oleh khalifah panjangnya barisan tentara ini membentang dari gerbang istana khalifah di kota Baghdad hingga kota Ammuriah (Turki),
Catatan sejarah menyatakan di bulan April, 833 Masihi, kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama lebih kurang lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu’tasim pada tanggal 13 Ogos 833 Masehi.
Seramai 30,000 prajurit Rom terbunuh dan 30,000 lainnya ditawan. Pembelaan kepada Muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Rom.
Setelah menduduki kota tersebut, khalifah memanggil sang pelapor untuk ditunjukkan di mana rumah wanita tersebut. Apabila berjumpa dengannya, beliau mengucapkan,
“Wahai ibuku, apakah aku telah memenuhi seruanmu atasku?”
Dan hamba sahaya wanita ini pun dimerdekakan oleh khalifah serta orang Rom yang mengganggunya dijadikan hamba bagi wanita tersebut.
—-
Rujuk komen di bawah untuk mengecam si jantan tak guna yang memukul wanita tersebut.
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/852085051943342