fbpx

Solat mereka sangat hebat sampai kalah para sahabat Nabi, baca Quran pun banyak, tapi masuk neraka!

Detective Scrut
in Media Review, Real Story
Aug 14 ·

SCRUT KHAWARIJ

================

Nabi pernah bagitahu kepada para sahabat, ada 1 golongan muslim ni, solat mereka lagi padu dari para sahabat, baca quran lagi banyak, tapi mereka itu anjing neraka. Ibadah mereka kalah para sahabat tau!

Siapa mereka?

Mereka ialah khawarij si anjing neraka!

Ibnu Abi Aufa Radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْخَوَارِجُ كِلَابُ النَّارِ

Khawarij ialah anjing-anjing neraka.

(HR. Ahmad 19415, Ibn Majah 173 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth)

Said al Khudri menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan muncul diantara kamu kaum yang menghina solat kamu, dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, amal perbuatan kamu dibandingkan dengan amal perbuatan mereka. Mereka itu membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka tidak akan melewati kerongkong mereka, dan mereka akan memecah (keluar dari) agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.” (Sahih Bukhari/5058 )

Kata para salaf, golongan tersebut solat tahajjudnya tidak tinggal. Dahinya hitam kerana kuat bersujud. Menangis malam sehingga dikatakan terdapat bekas air mata mengalir di wajah mereka. Wajah mereka nampak soleh dan wara’. Tapi Nabi kata, kalau jumpa khawarij ini. Bunuh saja!

Jadi apa ciri-ciri utama khawarij ni? Kata guru kami, mereka itu suka :

1. Membina persepsi buruk terhadap pemimpin yang sedang melakukan kebaikan.

2. Suka mengira amalan orang lain dan membandingkan dengan amal kebaikan mereka terutama dalam hal ibadah.

3. Setelah merasakan diri mereka bagus, mereka akan mula menyebut-nyebut dosa dan kelemahan ibadah orang lain.

4. Mereka mula mempersoalkan syahadah kaum muslimin yang lain dan kemudian mengkafirkan orang lain dengan slogan al-Quran dan hukum Allah.

5. Akhirnya, mereka akan memberontak, memerangi dan membunuh orang Islam yang dikafirkan.

Ciri-ciri tersebut dapat dilihat dalam hadis Dzul Khuwaisyirah si bapa khawarij di bawah ini..

Abu Said al Khudri berkata; Sewaktu Rasulullah ﷺ sedang membahagi-bahagikan harta rampasa perang (kepada kaum Muslimin) tiba-tiba Dzhul Khuwaisirah al Tamimi datang dan berkata:

”Berlakulah adil wahai Rasulullah”. Mendengar teguran yang kasar itu baginda berkata: ”Celakalah kamu, siapakah yang akan menegakkan keadilan sekiranya aku tidak melakukannya?”.

Umar bin Al-Khattab mencelah, ”Wahai Rasulullah, adakah anda membenarkanku untuk memancung lehernya?”.

Baginda menjawab: ”Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut yang akan mencela solat kamu semua dengan membandingkan dengan solat mereka, mereka juga mencerca puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, mereka keluar daripada agama (Islam ) sederas anak panah yang keluar daripada busurnya.”

(Sahih Muslim/2456; Sahih Bukhari/6933; Kitab Muwattha/156; Sunan Abu Daud/6741).

Maka berhati-hatilah apabila kita mula merasakan amal kita lebih bagus, mula mengira amal, dosa dan pahala orang lain, dan menyebut-nyebut dosa orang lain. Kerana itu semua adalah ciri-ciri khawarij si anjing neraka.

Orang malas solat boleh masuk neraka, orang kuat solat juga boleh jadi anjing neraka.

Jadilah muslim yang benar. Muslim yang wasatiyyah mengikut jejak para sahabat Nabi.

copy paste dari Aliff Ahmad III

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/914520102366503

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with