Kami telah ditanya oleh beberapa pihak yang adakah kami ada bekerjasama dengan entiti bernama Publicgo. Jawapanya..
TIDAK.
Kami tidak pernah menjalinkan apa-apa kerjasama dengan entiti tersebut. Maka meletakkan kami di dalam senarai partner adalah tidak benar.
Kami faham dan tahu ramai yang telah menggunakan logo dan nama SCRUT untuk tujuan marketing kerana mungkin nama SCRUT dipercayai oleh masyarakat.
Tetapi menggunakan nama SCRUT sewenang-wenangnya tanpa mendapat kebenaran kami adalah sangat tidak bertanggungjawab. Bagaimana kami hendak percaya entiti tersebut jika hal asas sebegini juga mereka gagal lakukan.
Kami tidak pernah menjadi partner kepada Publicgo. Harap maklum.
SCRUT for the TRUTH!
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1063323167486195