fbpx

Kenapa kereta ada bau lain macam?

Admin
in Real Story
Jun 28 ยท

Kereta yang rosak disebabkan banjir ni memang selalunya susah nak baiki semula.

Kalau boleh baiki pun, mesti ada kesan-kesan banjir lagi macam bau, kesan karat dan rasa tak best bila drive.

Tanda-tanda kereta pernah tenggelam dalam banjir.

1. Bau lembap

Bau lembap ni memang susah nak hilang sebab cushion kereta dah lama sangat terperam dengan air.

Walaupun dah kering, bau tetap akan ada.

Kalau cushion masih lembab jugak, lama-lama boleh keluar kulat tau! Eeee ?

.

2. Bahagian kereta masih lembap

Kereta baru je kena tenggelam banjir, kita boleh rasa bahagian-bahagian tertentu yang masih lembab.

Boleh periksa tempat-tempat macam kat bawah lantai dan kat tempat simpan spare tayar tu.

.

3. Ada kesan tanah atau pasir

Air banjir dah bercampur tanah, pasir, air longkang, lumpur dan macam-macam lah!

Warna air pun macam mungkin macam teh tarik.

Nak hilangkan kesan kotor kat tempat-tempat kecil memang susah. Mesti ada yang terlepas pandang.

.

4. Ada garisan air

Boleh nampak kesan garisan air pada badan kereta.

Periksa di bahagian speaker kereta dan penapis udara kalau ada garisan air.

.

5. Minyak enjin bercampur air

Mungkin tak semua kereta yang enjinnya selamat dari termasuk air.

Boleh tengok dipstick minyak enjin. Kalau ada kesan air tu maksudnya ada kemungkinan besar enjin dah dimasuki air.

.

6. Komponen elektronik rosak

Kita pun tahu yang elektronik sememangnya tak waterproof.

Periksa semua bahagian elektronik, penting ya!

Kalau nampak simbol amaran yang tak sepatutnya keluar, ada kemungkinan dah rosak.

Apa-apa pun SCRUT dulu!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1122630131555498

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with