Bila hantar kereta ke bengkel untuk servis, macam-macam lah orang tu akan suruh tukar. Ini dah kurang lah, itu kena tukar lah.
Kalau tak berapa ada ilmu tentang kereta, kita ya kan saje lah. Lagi-lagi kalau first time pergi ke bengkel tu atau perempuan yang hantar kereta. Hasilnya, duit berterbangan!
—
10 PERKARA ANDA KENA TAHU PASAL SERVIS KERETA
.
1. Minyak Enjin
Bagi yang guna minyak enjin bukan jenis sintetik, minyak enjin perlu tukar setiap 5000km perjalanan. Kalau yang sintetik pulak boleh tukar bila dah capai 7500km sehingga 10,000km.
Kalau belum capai lagi, buat apa nak tukar!
.
2. Bateri Kereta
Biasanya bateri ni kena tukar selepas dah pakai untuk 2 tahun. Tapi, kena tengok pada cara penggunaan jugak.
Kalau asyik lupa untuk isi air, bila dah kering baru nak isi memang boleh jadi punca bateri cepat rosak.
.
3. Oil Filter
Ikut jenis minyak enjin.
Kalau jenis minyak mineral, boleh tukar bila dah capai 5000km dan kalau minyak sintetik boleh tukar bila dah capai antara 7500km hingga 10,000km.
.
4. Spark plug
Ikut jadual servis, kalau dah capai 20,000km maksudnya dah boleh tukar spark plug yang baru.
Tapi jangan sampai melebihi 40,000km tau! Nanti electrode boleh menipis.
.
5. Fuel filter
Perjalanan dah cecah 40,000km, anda dah boleh tukar fuel filter yang baru. Harga tak mahal pun, dalam RM15-RM20 je.
.
6. Air filter
Air filter ni kena tukar setiap 20,000km.
Kalau pakai jenis washable, boleh cuci je. Jadi, tak payah tukar baru ya!
.
7. Brake fluid & power steering fluid
Bukanlah wajib untuk ditukar tapi kalau rasa macam nak tukar boleh tunggu cecah 60,000km dulu.
.
8. Radiator coolant
Ini kena tukar setiap 60,000km.
Berbeza tau bila guna coolant dari air paip biasa. Coolant boleh bantu enjin lebih cepat panas tapi tak mudah mendidih.
.
9. Automatic Transmission Fluid
Automatic Transmisison Fluid tu minyak gearbox.
Fungsinya adalah untuk melicinkan automatic transmission, membersih dan melindungi permukaan logam dari cepat haus dan ada fungsi mengurangkan suhu.
Kena tukar setiap 20,000km. Kalau perjalanan dah melebihi dan masih tak tukar, auto gearbox boleh rosak.
Lagi mahal tu nak repair!
.
10. Minyak gear
Kalau tadi untuk auto gearbox, ini pulak untuk manual gearbox.
Boleh tukar minyak gear bila dah capai 60,000km.
—
Itulah serba sedikit pasal servis kereta ni. Boleh buat tambah ilmu untuk elak dari kena ketuk!
Share la pada kawan-kawan, lagi-lagi yang wanita.
—
Nak hantar kereta ke Bengkel Scrut Auto? Semua jenis kereta kami boleh settlekan masalah.
Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang
01116222987 (Service & Repair)
01116222069 (Inspection)
0342665556
SCRUT AUTO SDN BHD
232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,
Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/389801599358690