fbpx

Bagi kawan ‘sambung bayar’ kereta

Admin
in Real Story
Oct 15 ยท

Sambung bayar ni memang bahaya. Lagi bahaya kalau buat dengan kawan sendiri atau ahli keluarga.

Tersilap langkah memang hilanglah kawan atau putus sedara.

Sambung bayar ni ada yang sediakan kontrak untuk ditanda tangan. Ada lah juga hitam putih walaupun sebenarnya masih tak sah.

Ada pulak sambung bayar ni yang jenis guna janji mulut je. Ini lagi susah bila salah satu pihak tak bertanggungjawab.

Ada pembeli yang rasa “mudah” untuk elak dari membayar sebab sebenarnya kereta bukan atas nama mereka. Jadi, senang lah mereka untuk ambil kesempatan.

Mungkin ada pembeli yang terpaksa gunakan kaedah sambung bayar ni kerana lebih cepat untuk dapatkan kereta. Mudah nak gerak sini sana.

INGAT! Jual beli kereta sambung bayar ni adalah haram dan salah di sisi undang-undang!

Kesalahan di bawah…

1. SEKSYEN 38

Siapa yang jual barang dan beli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah salah. Boleh didenda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak melebihi 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.

2. SEKSYEN 46

Siapa yang langgar peruntukan di bawah Akta dan didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tak melebihi 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.

Akta ni bukan untuk susahkan orang ramai. Tapi akta ni lah yang akan melindungi dan mengatasi masalah penipuan.

Beli dari penjual yang SAH!

SCRUT before you get SCREWED!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1199623677189476

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with