Pastikan kereta anda dalam keadaan selamat untuk dipandu.
.
1. PERIKSA TAYAR KERETA
Tayar kereta merupakan antara komponen kereta yang paling penting. Selain dari aspek keselamatan, harganya juga sangat mahal. Jika kita tidak peka untuk menjaga tayar kereta kita, ianya akan menyebabkan kemalangan dan juga kos penyelenggaraan kereta yang sangat tinggi.
.
2.PERIKSA BREK KERETA
Brek merupakan pengendali kelajuan dan dapat memperlahankan kenderaan daripada melanggar kereta yang lain. Komponen ini memerlukan servis yang maksimum dan perlu sentiasa diperhatikan
bagi pemanduan yang selamat.
.
3.PERIKSA MINYAK ENJIN
Minyak enjin kereta perlu ditukar mengikut waktu yang ditetapkan. Kemudian, periksa paras minyak enjin di dalam kereta anda sebelum memulakan perjalanan dan pastikan ia berada pada paras yang terbaik.
.
4.WIPER KERETA
Wiper kereta membantu meningkatkan jarak penglihatan di hadapan anda. Oleh itu, pastikan air di dalam bekas washer fluid mencukupi. Tukar getah wiper jika ia tidak lagi berada dalam keadaan baik.
.
5. PERIKSA LAMPU KERETA
Pastikan semua lampu kereta anda berfungsi dan menyala dengan baik terutamanya jika memandu pada waktu malam untuk memastikan pemanduan yang lebih lancar dan selamat. Lampu juga membolehkan kenderaan anda mudah dilihat oleh kenderaan lain semasa berada di atas jalan raya sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.
.
6. PERIKSA BATERI KERETA
Bateri merupakan komponen penting dalam sistem elektrik serta komponen yang perlu digantikan setiap dua tahun bergantung pada penjagaan dan prestasinya. Sama seperti komponen kereta yang lain, bateri kereta perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk mengekalkan kualiti dan prestasi pada tahap yang terbaik.
.
Utamakan keselamatan dan pandu secara berhemah supaya selamat sampai ke kampung halaman untuk bertemu insan yang tersayang.
—
Ikhlas dari kami,
SCRUT AUTO SDN BHD
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/509890520683130