fbpx

Steady Zahid Hamidi!

Admin
in Uncategorized
Dec 9 ·

Uncle harap Zahid benar-benar faham tentang jalan dakwah Jemaah Tabligh. Bukan hanya menunggang jemaah ini.

Apa pun orang nak maki Zahid Hamidi, kita orang Islam kena ingat, selagi kita ini beriman, ada sebesar zarah iman, wajib syurga insyaAllah. Nilai seorang beriman itu jauh lebih berharga dari dunia dan segala isinya.

Uncle percaya manusia boleh berubah. Ingat tak hadis tentang orang yang telah membunuh 99 orang, dia jumpa yang ke-100 pun dia bunuh.

Kemudian dia bertemu dengan seorang ‘alim. Dia berkata,

“Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”

Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”

“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.”

sambung orang alim itu lagi.

Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.

Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.

Malaikat Rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”

Manakala Malaikat Azab pula berkata: “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”

Lalu datanglah malaikat lain yang menyerupakan dirinya dalam bentuk manusia. Lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.

Malaikat itu berkata, “Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini dan ke tempat yang hendak ditujunya; ke tempat mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”

Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah diukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, beerti ia termasuk di kalangan mereka. Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang sahih lain, dikatakan bezanya hanya 1 jengkal.

Begitulah Allah menunjukkan rahmat dan kasihnya kepada orang beriman yang mahu bertaubat.

Wallahu’alam..

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02n4gHTKBZ41GLrv9pb7Sp1Gqsk2a6qdzHhbpm9Cq31LVyS9cobysyVaumTxjareGKl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with