fbpx

Taknak kena tipu beli kereta terpakai? Scrut dulu!

Admin
in Uncategorized
May 31 ·

“SCRUT, bila nak buat laporan SCRUT kereta terpakai?”

Demikianlah permohonan dan permintaan masyarakat terhadap kami suatu masa dahulu.

Sejak SCRUT bermula tahun 2019 di sini. Bulan Mei 2019, permintaan untuk SCRUT kereta terpakai atau kereta “second hand” atau “used car” telah dibuat oleh masyarakat.

Macam biasa, kami mendengar rintihan dan permintaan kalian. Kami telah berusaha mencari data-data yang sepatutnya untuk dikumpul supaya laporan tersebut memberi impak yang kepada bakal pembeli kereta terpakai.

Selama hampir 5 tahun, kami berusaha mengumpul, mencari sumber data dan membina pengkalan data. Selain data SCRUT, data Sii, SPI, kami juga membina SCRUT Army untuk membantu kami.

Alhamdulillah. Maha suci Allah. Dengan doa kalian semua. Hari ini kami lancarkan (soft launch) SCRUT USEDCAR REPORT (SUR) di dalam sistem SCRUT.MY. Selain itu, dengan bantuab SCRUT AI, sistem juga akan mengesan bahagian kemalangan jika terdapat gambar laporan yang dihantar oleh SCRUT Army.

InsyaAllah, selepas ini masyarakat boleh mendapatkan maklumat ini sebelum memembeli kereta terpakai. Untuk mendapatkan lebih maklumat, sila arahankan penjual untuk menghantar kereta yang bakal dibeli untuk buat Sii.

[Untuk perhatian dan penafian]

Tiada maklumat juga adalah maklumat yang akan dikenakan bayaran kerana segala proses yang berjalan di sebalik tabir sistem mempunyai kos yang perlu kami bayar.

Tiada maklumat mungkin kereta yang baik. Namun ianya tidak mutlak. Tetapi, ia memberi gambaran yang baik seperti kereta tersebut tidak pernah mengalami kemalangan. Namun, untuk lebih selamat, kami menggalakkan kalian untuk melakukan Sii. Selain itu, tidak semua kereta akan mempunyai gambar.

Apa pun, beli SUR adalah langkah permulaan yang baik untuk kalian lakukan sebelum membeli kereta terpakai. Kalian nak beli kereta berpuluh-puluh ribu, nak bayar ansuran 5-9 tahun. Apalah sangat belanja sedikit supaya tidak ditipu.

Taknak kena tipu beli kereta? SCRUT dulu!

Nak beli kereta terpakai SCRUT dulu!

SURRRRRR… SCRUT for the TRUTH!

😉
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02RjjLJ5w14BGBoa98pkhrSEgDg4DWDK4p5vQDdu51KvsmRPLwghn5qJXE8i5LcP5Gl
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with